Aliran Sains atau Sastera?
Artikel ini ditulis pada Saturday 16/01/2010 (22:18) dan telah dibaca sebanyak 1,101 kali.Sekolah..naik form 4, pilih kelas? Hari ni aku nak bercakap mengenai pemilihan kelas, begini, you all semua mesti pernah naik form 4 kan, kalau yang dua-tiga tahun dulu..mungkin ada peluang nak rase benda ni..Aku bercakap ni bukan sebab baru naik form 4 thn ni, tapi dah habis sekolah dah..InsyaAllah..kalau ada rezeki dikurniakan Allah s.w.t, dapat la belajar di IPT..
Okay…berbalik kepada topik..hari ini aku buka satu blog rakan aku dan kalau tak silap blog dia nama akubukanjemsbon, topik ni bukan sebab name blog dia, tapi isi kandungan, bace punye bace.. baru faham yang dia ni baru masuk form 4…dah mungkin dah pilih kelas [minggu kedua dah oii]..tapi tak sangka ada pula yang sanggup nak pilih kelas untuk tujuan lain. Pertama, harap pembaca dapat nilaikan sendiri student yang mana betul-betul nak belajar coz ada pula yang berkata, nak masuk kelas Bio sebab nak glamor, memang ler..dah kelas depan..saper tak nak…dan ader juga yang masuk kelas Bio sebab ikut kawan, malahan ada yang tahun ni nak SPM pergi gatal2 nak tambah subject…padahal subjek yang adapun belum tentu pass lagi..maaf jika bahasa aku agak pedas sikit…
For sure, mesti ada diantara kita tak setuju dengan apa yang sekolah laksanakan…dapat jer keputusan PMR, dia agihkan student mengikut kelas, lepas siap agihan, korang boleh mohon untuk tukar kelas..tapi apa yang memelikan disini…kenapa setiap kali proses penukaran kelas, pihak sekolah luluskan, malas nak bercakap aku bersekolah dimana..tapi siapa yang dah tahu tu faham-faham lah eh…bukan maksud nak kata aku ni jenis tak mengenang jasa sekolah, tapi apa yang salah tu kite ubahla..(macam pengundi juga…time minyak naik..harga barang naik…mintak tlg kat kerajaan…tapi bila pilihan raya…calon apa yang di pangkah??? cis masuk politik pulak blog ni).
Boleh percaya ke tidak jika ada seorang student, satu ‘’A’’ pun takde tetiba sekolah lepas nak masuk kelas Bio…oi, kalau camtu apa standard bebudak dalam tu, takan semua nak kena sumbat dalam asrama. One more, kes turun kelas, depend la pada individu tu nak pergi kelas apa..dulu time Omar, dapat kelas acc Omar tukar kelas ICT…nak mampos pergi tambah ICT jadi elektif? Dah ler banyak folio…kena programming VB, mane ler Omar belajar benda-benda tu semua..
Hm…cakap pasal ICT ni, ada pula yang ingat duduk dalam kelas ICT tu setakat belajar Facebook, Myspace, YM, dan apa-apa yang sewaktu dengannye..Korang salah la bro..Aku duduk dalam kelas tu 2 tahun..ada sentuh pasal benda2 sosial network, termasuk facebook…ms dan benda kejadah yang lain tu cume dalam bab Network Application (untuk buat assignment) jer, yang lain mana ada..masuk-masuk korang akan study pasal security dan etika Internet, kemudian korang akan diperkenalkan isi perut komputer, OS (yang ni part bosan!! Orang dah pakai Windows 7, syllabus baru Windows XP…update la wei..)kemudian belajar networking…time ni InsyaAllah akan ada guru sementara yang selalunya lagi banyak experience..[pihak sekolah jgn salah faham pulak]..kemudian masuk form 5, belajar programming..multimedia basic dan last sekali information system yakni MS Access…so jangan la yang bukan kelas ICT tu duk simpulkan ICT ni senang,,,kalau setakat facebooking main farmvile..nenek aku pun tahu leh sign-up ler…
So, kalau boleh, pihak sekolah perlu la memainkan peranan untuk menjaga kualiti bebudak kelas Bio tu sebagai kelas pertama, bukanye dok sumbat cam ikan sardin sampi 50 orang (walawey…kelas apa 50 orang ni, giler ker?!) kalau x cukup, buat la kelas BIO kedua [4SN2] cam thn 2008 dulu..nanti rekod menurun siapa nak jawab? takkan pengetua kot…student? lagi la…nanti bila tanye, ada la jawapan camni…
Kita masuk kelas Bio sebab mak kite suruh….Kite masuk coz kawan kite ajak…dan yang paling hampeh…Kite masuk kelas Bio sebab kite nak glemer kat orang kampung
Jadi, menggunakan formula khas untuk mencari isi tersirat dalam rumusan yang dicipta oleh sahabat lama aku iaitu, Khairul yang diiktiraf oleh cikgu BM kami, formulanya berbunyi begini :LPLS…Lu Pikir La Sendiri..
Sekian, Assalamualaikum…