Testimonial Office 2010 selesai
Thursday 25/02/2010
Assalamualaikum, hari Khamis yang nampak seperti biasa, bangun pagi, mandi dan bersarapan air teh (aku buat sendiri, giler la ada serbuk pun aku telan) bersama dua bungkus nasi lemak (ishh…lapar la) sebelum kepejabat. Jam 7.05 pagi keluar rumah disambil menghirup udara pagi yang nyaman, dingin. Kelihatan burung-burung terbang mencari cacing-cacing untuk dijadikan menu bersarapan mereka serta sekumpulan pelajar-pelajar politeknik berbaju kurung keluar dari kawasan apartment..hmm..
Hmm, kalau diikutkan..sebenarnya takde idea aku nak tulis apa hari ini, coz blog tak semestinya kena update setiap hari and dilihat dari trend kat blog aku yang tak seberapa ramai visitor ni, tak sampai pun 50 komen yang dapat, kebanyakan komen ada malahan SPAM belaka…ish, apa aku merepek nih…oh ya, hari ni result SPM STPM keluar, good luck buat pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.






Komen Terkini