Kehidupan dan Pekerjaan Selepas SPM (Bhg 2)
Artikel ini ditulis pada Saturday 13/02/2010 (17:42) dan telah dibaca sebanyak 851 kali.
Assalamualaikum,
Alhamdullilah..pada entri aku yang lalu, aku ada bercerita sikit tentang apa yang aku buat minggu ni..haha..semuanya berjaya diselesaikan terutama pembangunan montaj dan setup webserver tu. Kesemua yang diamanahkan berjaya diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Okey, seperti yang aku janjikan pada entry yang lepas, disini ada beberapa ilmu yang nak diturunkan (hehe) kepada pembaca sekalian…thanks coz sudi membaca entry yang tak seberapa ni.
Untuk projek #1 aku iaitu montaj pelancaran, semuanya berjalan dengan lancar dan berjaya dipersembahkan dihadapan ribuan biji mata dan yang paling buat aku cuak ialah biji mata individu korporat yang hadir dimajlis tersebut. Pergh..kalau la ada apa-apa time montaj tu run, giler aku…malu lar..
Dekat link ni juga aku ada paparkan video montaj tersebut, tapi versi yang lagi clear aku rase.. Video montaj yang korang tengok ni (kalau rajin dan internet laju, tgk ar) dikurangkan saiznya sehingga 5 MB berbanding saiz asal dalam bentuk High Definition (HD, masa present ngat nak guna kabel HDMI, tapi projector tak support) yang mencapai 1GB lebih..
So, camana dah tgk? Apa komen korang…mesti ada yang kata cun, dan tak kurang juga yang kata tak lawa..err..memang agak susah aku nak buat benda ni perfect coz masa terlalu suntuk. Tempoh diberi hanya 2 hari…senang citer, agak susah aku nak ajar korang sumer camana nak buat benda ni…aku just bagitau perisian-perisian penting yang digunakan untuk membangunkan montaj ni;
- Adobe Premier Element
- Adobe Flash CS3
- Microsoft Expression Encoder
- Microsoft Photo Story
- Microsoft Power Point 2010
- Swish Presenter
dan off coz ada beberapa software biasa-biasa yang digunakan dalam pembangunan montaj tu, antaranya termasuklah Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Hmm..dekat bawah ni ada beberapa gambar suasana masa persembahan montaj tu dilaksanakan..



Okey, tu mengenai montaj yang Alhamdullilah…semuanya berjalan lancar.Ok, untuk projek kedua iaitu setup webserver, aku dah berjaya setup direct kedalam talian PC..cun tu..tapi sebabkan guna try PC office, maka secara automatik, benda tu pun digunakan pada waktu pejabat la eh…
Korang leh try buka website ni untuk try : http://it-school.info . Website tu diletakkan dekat PC aku di office..haha…
Ok, cara nak buat webserver sendiri…follow melalui cara-cara dibawah ni yer:
- Pertama, setup DNS. Boleh guna www.dyndns.org untuk daftar. Untuk projek IT-School, aku guna http://pelayan1.homeip.net dan http://cdnserver2.homeip.net
- Kedua, pointkan domain name ke DNS tersebut.
- Ketiga, pasang client DynDNS kedalam komputer korang. Benda ni berguna untuk mengkonfigurasikan WAN IP kepada server DNS…err..senang citer la, aku cadangkan korang jangan gatal2 restart modem kalau IP korang dynamic
- Keempat, jika korang menggunakan router, wajib buat port forwarding. Benda ni depend la kepada jenama router. As for my office, menggunakan D-LINK dan aku sendiri menggunakan SPF . Agak mudah untuk digunakan dan kena masukkan IP Router sahaja..contohnya 192.168.1.2
- Pada ruangan App Name, masukkan Webserver dan Forwarded to, nyatakan alamat IP PC korang..em..sebagai contoh, jika IP LAN komputer korang adalah 192.168.1.77 , masukkan IP to…
- Ruangan port, masukkan Start : 21 dan End : 80 dan pilih TCP/UDP
Maka..selesailah sudah proses setup Webserver. Korang hanya perlu tunggu domain korang dipropagatedkan dan dah siap…haha, korang bolehlah host website dekat PC korang sendiri la…
Oklah, itu sahaja untuk kali ini..thanks kerana sudi membaca dan kalau rase rajin, komen la sikit.