Omar.my

Sesuatu yang perlu dikongsikan bersama
    • UTAMA
    • PENULIS
      • IT DAN KEHIDUPAN
      • PORTFOLIO
    • LINK EXCHANGE
    • HUBUNGI

    Coca Cola menghina Islam?

    Tuesday 30/03/2010


    Assalamualaikum, subuh yang hening kan..sejuk jer hari ni, baiklah. Kali ini aku nak cerita sikit pasal minuman yang korang hari-hari duk belasah minum tu. Tak kisahlah di kedai mamak, 7-Eleven, dan memana sekali pun, mesti pernah jumpe dengan benda ni…air Cola…atau dikenali lagi sebagai Coca Cola. Sebenarnya, takde apa yang pelik pun pasal minuman ni, ramai yang dah tahu semua kandungan gula la, tahap keasidan dalam Coca Cola ni, malah kawan aku sendiri pernah cakap, kalau takde Clorox atau Harpic nak buat pembersih lubang jamban, boleh guna benda Coca-Cola ni. Kajian oleh para saintis pun dah tunjukan efek kimia benda ni amatlah dashyat malah sesiapa yang rajin, boleh buka Youtube dan search video pasal CoCa cola ni. Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    29 Komen »
    Kategori:
    Islam dan Nasihat, Sosial dan Politik
    Trackback Permalink

    Bagaimana GengBlogger digodam

    Saturday 27/03/2010


    Hai dan selamat malam.  Sebenarnya, entri ini dah lama ingin ditulis, cumanya masa selalu mencemburui aku. Huhu..Baiklah, entri kali ini berkisar camana dan bagaimana laman komuniti GengBlogger digodam dan apa cara nak memperbaiki kelemahan sistem tersebut. Begini, sesiapa yang baca entri ni kenal ngan Geng Blogger atau short formnya, GB? Mesti ada punya lah. Hampir 60% orang yang aku kenal dalam dunia blog ini tahu pasal GB, iaitu sebuah tempat untuk ping blog. Dimana, sistem GB akan mengesan RSS Feed paling terbaru dalam setiap URL blog tersebut dan memastikan permalink ke entri tersebut dihubungkan kepada laman web GB.

    Baiklah, entri ini bukanlah tutorial bagaimana untuk melaksanakan godaman atau serangan terhadap GB atau teknik untuk mendapatkan hit jika wujudnya komuniti lain yang menyerupai GB pada masa akan datang. Apa yang terkandung dalam entri ini adalah untuk tujuan peringatan semata-mata dan amat diharapkan agar pihak pengurusan mana-mana perkhidmatan ping blog mengambil langkah yang dicadangkan atau bertepatan dengannya. Namun, apa yang berlaku dalam sistem GengBlogger pada 2-hari lepas benar-benar menjadi sesuatu yang menggemparkan (khususnya sesiapa yang menggunakan GengBlogger sebagai pusat mengemaskini ping setiap entri di Blog mereka).

    Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    68 Komen »
    Kategori:
    Sistem Aplikasi dan Komputer
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    Konspirasi dalam Earth Hour?

    Friday 26/03/2010


    Assalamualaikum, Esok 27 Mac merupakan hari dimana wujudnya program kempen yang dikenali sebagai Jam Bumi, ataupun dikenali dengan Earth Hour. Semua media samada cetak atau elektronik mula mempromosikan tentang program ini kepada umum. Antaranya termasuklah stesen-stesen radio terkemuka yang mengajak para pendengarnya untuk turut serta. Tetapi, ada juga pihak yang meragui kebenaran disebalik program Earth Hour 2010 ini dan menganggap wujud konspirasi jahat disebalik program ini.

    Earth Hour mulanya adalah sebuah program kempen khas selama 60 minit yang diwujudkan bagi menyedarkan penduduk dunia tentang masalah kepanasan global yang makin meningkat. Kira-kira berpuluh negara mula menyedari kebaikan dan manfaat program ini lantas mengalakkan rakyat mereka untuk bersama dalam menjayakan program ini. Malaysia mula mengikuti program Earth Hour bermula 2009 yang lalu. Tahniah warga Malaysia :)

    Namun, daripada pandangan beberapa pihak, tentunya dari kalangan pemerhati bebas dan penganalisis, mereka sedikit sebanyak merasa ragu-ragu dengan apa tuntutan sebenar Earth Hour ini,..em, siapa yang benar-benar faham pasal Earth Hour ni, sila tinggalkan komen coz aku pun nak tahu gak detail dia..hehe

    Dengan tajuk diatas yakni seolah-olah menguatkan lagi fakta terdapat wujudnya konspirasi dalam Earth Hour, sememangnya kesahihan fakta tersebut masih lagi dalam proses penelitian oleh para-para pengkaji am. Walaubagaimanapun, sudah terdapat beberapa tanda kewujudan konspirasi dalam kempen tersebut.

    Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    22 Komen »
    Kategori:
    Sosial dan Politik
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    Kenali Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan

    Wednesday 24/03/2010


    Assalamualaikum dan salam sejahtera, entri ini dikeluarkan juga sempena program Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI)yang bertujuan untuk menyokong transformasi sosial dan digital dalam menjadikan masyarakat kelas tinggi  yang juga melihatkan usaha gigih kerajaan Malaysia untuk memupuk masyarakat celik IT khususnya dalam bagi mereka yang tinggal dikawasan luar bandar.

    Antara usaha gigih yang dapat dilihat sekarang antaranya termasuklah penjanaan program Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), membangunkan pusat perisian ala-ala InfoSys, kewujudan Pusat Jalur Lebar Komuniti, dan beberapa aspek sosio-ekonomi lain seperti perdagangan berasaskan Internet seperi kerjasama dengan Yahoo dan E-Bay serta mengalakkan kewujudan blog-blog Internet baru yang mematuhi etika dan undang-undang. Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    11 Komen »
    Kategori:
    Sistem Aplikasi dan Komputer
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    Ketahui siapa Invisible di YM

    Monday 15/03/2010

    Yahoo

    Assalamualaikum, Entri hari ni berkisahkan tentang Yahoo! Messenger. Pernah dengar tak? Mostly siapa yang bergiat aktif dalam Internet hari ini mesti dah tahu tentang aplikasi ini. Apatah lagi benda tu sekarang dah seolah-olah wajib anda di komputer masing-masing selain dari Microsoft Office dan antivirus.

    Baiklah, pernah satu ketika dahulu..aku pun pun pelik, apsal orang yang aku tunggu-tunggu tak online, Internet rosak ke? PC rosak ke..meh aku tolong repairkan (semua tu duit..haha), tentu korang diluar sana pernah merasai perkara sebegini…hendaknya bila orang terchenta asyik offline jer, rindu tu..hehe..maaf, ni bukan entri jiwang..

    Ok, baiklah..disini aku ada cara untuk korang ketahui adakah individu yang korang tunggu tu benar-benar atau offline atau dia menyorok dari pandangan YM korang…

    Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    43 Komen »
    Kategori:
    Sistem Aplikasi dan Komputer, Tutorial dan Tip
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    Sistem Semakan Kelayakan ke UiTM

    Thursday 11/03/2010

    Sistem Semakan Kelayakan ke UiTM

    Assalamualaikum, pada subuh yang hening ni, saya nak kongsikan kepada anda satu link yang mungkin berguna kepada semua, khususnya calon-calon yang mengambil peperiksaan SPM 2009 dan baru sahaja mendapat keputusan mereka termasuk saya sendiri..huhu..dan saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat sesiapa yang berjaya dalam peperiksaan kali ini. Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    49 Komen »
    Kategori:
    Pendidikan dan Universiti, Sistem Aplikasi dan Komputer
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    Aplikasi FIFA 2010 Soccer Scoreboard

    Sunday 07/03/2010

    score

    Assalamualaikum,

    Dah agak lama aku biarkan blog ni tak diupdate..haha..bukan apa, susah sikit aku nak surf Internet sekarang coz P1 Wimax tengah buat network upgrade, jadi mungkin akan ada problem time nak online. Okay, lupekan pasal tu..hari ini aku nak ajak korang semua try sebuah aplikasi yang aku bangunkan untuk web Sepak.my (tak confirm lagi la..)

    Aplikasi ini digunakan untuk FIFA World Cup 2010 yang bakal berlangsung Jun ini, jadi sebagai memenuhi kehendak nafsu aku yang sesaje nak cari pasal buat aplikasi ini sempena FIFA 2010. Err..apa aku ngarut nih, ah..korang bace jer la sampai abis eh…

    Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    18 Komen »
    Kategori:
    Sistem Aplikasi dan Komputer
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    • Halaman 1 dari 2
    • 1
    • 2
    • >

    Mencari Sesuatu?

    Senarai Entri Arkib

    • January 2012
    • December 2011
    • November 2011
    • October 2011
    • September 2011
    • August 2011
    • July 2011
    • June 2011
    • May 2011
    • April 2011
    • March 2011
    • February 2011
    • January 2011
    • December 2010
    • November 2010
    • October 2010
    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010

    Komen Terkini

    • nizamghazi on Baucar Buku 1Malaysia
    • azrai on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on HUBUNGI
    • Omar on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011

    Kategori Entri

    Blog dikuasakan oleh Wordpress, tema Jide Freshy 2, jalur lebar TM Unifi, P1 4G, serta sirap limau dan nasi kandar Line Clear | Paparan Mudah-Alih