Omar.my

Sesuatu yang perlu dikongsikan bersama
    • UTAMA
    • PENULIS
      • IT DAN KEHIDUPAN
      • PORTFOLIO
    • LINK EXCHANGE
    • HUBUNGI

    Perbandingan Maxis Broadband dan P1 Wimax

    Sunday 25/04/2010


    Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada petang yang indah ni aku sebenarnya baru balik dari sebuah pasaraya terkemuka untuk golongan sederhana dan rendah (aku rasa orang kaya tak shopping kat sini) dan terserempak dengan booth penyedia perkhidmatan jalur lebar kat Malaysia ni, tak lain tak bukan Maxis Broadband dan P1 Wimax.

    Kedua-dua jalur lebar ni aku pernah gunakan dan sedang aku gunakan, kepada yang rapat dengan aku dan kadang-kadang bertanyakan pengalaman aku menggunakan kedua-dua jalur lebar tanpa wayar kat Malaysia ni, tentu dah tahu apa yang aku ingin katakan tentang kualiti jalur lebar di Malaysia ini. Oh tidak, bukan aku nak merendah-rendahkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negara sendiri, cumanya masih belum memuaskan berbanding negara lain.

    Sebelum aku mulakan perbandingan bedasarkan kajian  terhadap kedua-dua jalur lebar wayarles ni, aku ingin katakan bahawa kedua-dua broaband ini aku dah uji dan 4 tempat yang berlainan di Lembah Kelang sahaja. Jadi kalau yang luar dari area yang aku test power tu, mintak maaf la coz tak dapat nak bantu…huhu

    Baca entri ini sepenuhnya »
    Maklumbalas:
    49 Komen »
    Kategori:
    Tutorial dan Tip
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    Facebook melumpuhkan Facebook Connect

    Thursday 22/04/2010


    Assalamualaikum dan salam sejahtera, siapa yang dah tahu pasal ni samada di laman Facebook developers atau live blog aku sendiri,  mesti agak kelam kabut kan, especially siapa yang terlibat dalam bidang pembangunan web dan perisian (kekadang blog pun tumpang sekaki) sebab Facebook dah tak mahu mengaktifkan fungsi Facebook Connect.

    Facebook connect merupakan aplikasi pengkatalogan data melalui pihak ketiga yang membolehkan korang memberi akses kepada laman web tertentu tanpa memerlukan pangkalan data khas. Sebagai contoh, GengBlogger menggunakan intergrasi FB Connect untuk semua ahlinya log masuk, tapi lepas FB Connect dilumpuhkan, camana yer?

    Memang betul-betul agak menyusahkan terutama kalau korang selalu menggunakan FB Connect sebagai cara membangunkan perisian. Adakah perisian lain terlibat sekali, ya dan kebanyakan pengaturcaraan terpaksa dimulakan sekali lagi. isk!

    Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    23 Komen »
    Kategori:
    Sistem Aplikasi dan Komputer
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    Programming dipermudahkan dengan Visual Studio 2010

    Monday 19/04/2010


    Assalamualaikum dan salam sejahtera, baru-baru ni kalau tak silap aku di Sunway Pyramid @ Subang Jaya, Microsoft telah melancarkan perisian Visual Studio 2010. Visual Studio 2010 ini sebenarnya adalah sebuah aplikasi yang digunakan untuk membangunkan perisian komputer dan pengaturcaraan, sistem rangkaian  laman web dan yang berasaskan database dan programming.

    Baiklah, dahulu aku sendiri sering membangunkan kebanyakan perisian komputer menggunakan Visual Basic 2008, kini aku sendiri beralih ke Visual Basic 2010 (antara perisian dalam Visual Studio 2010).

    Apa yang aku perasan dalam Visual Studio 2010 ini ialah, sistemnya yang lebih user-friendly serta tempoh loading yang amat cepat serta beberapa pekara lain yang cukup hebat.

    Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    15 Komen »
    Kategori:
    Pendidikan dan Universiti, Sistem Aplikasi dan Komputer, Tutorial dan Tip
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    Tawaran ke MIIT

    Friday 16/04/2010


    Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertamanya aku mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi aku peluang dengan berita yang agak gembira ni..  sebab, application aku untuk further study dah mula membuahkan buah..huhu.. Malaysia Institute of Information Technology atau dengan kata lainnya, Universiti Kuala Lumpur. Mungkin disitulah tempat yang mungkin aku meneruskan pengajian selepas selesai peperiksaan Sijil Penggodam Pelajaran Malaysia bulan November 2009 hari tu.. Frankly, aku tak mohon selain mana-mana universiti melainkan through UPU dan MIIT ni sendiri.

    Btw, pada pendapat aku, malas la aku nak gi jejauh, that why aku mohon kat MIIT ni.. Family aku semuanya di KL atau lebih tepat lagi disekitar lembah klang. Jadi, bayangkan aku dapat jauh..memang takde chance la nak pergi.

    Sebab aku memohon MIIT ni? panjang citernya…

    Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    39 Komen »
    Kategori:
    Pendidikan dan Universiti
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    Teknik baru kongsi artikel pada blog

    Sunday 11/04/2010


    Assalamualaikum dan salam sejahtera, ada gak akhirnya masa nak mengupdate blog dan mengapprove beberapa komen pada blog yang dah mula menunjukkan sawang walaupun dah memang berada di laman sesawang (cam pelik je nama)..haha, ok..straight to the point, hari ini aku nak citer sikit pasal cara baru yang aku jumpa untuk embed artikel teks.

    Baiklah, korang ada blog ataupun pernah merayau ke mana-mana blog yang korang rasa artikelnya menarik dan cuba nak copy. Mungkin ada diantara kita berjaya dan ada juga masalah tatkala korang berhadapan dengan alert No Right Click!

    Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    8 Komen »
    Kategori:
    Tutorial dan Tip
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    Pengalamanku bersama Jomhosting.net

    Thursday 01/04/2010


    Assalamualaikum, entri ini berkaitan dengan apa yang aku lalui baru-baru ini, aku agak sibuk sikit menguruskan blog-blog personal ini berikutan aku menguruskan beberapa blog aku yang terbengkalai antaranya Komputer Malaya, Office Malaya, dan HSBB Malaysia. Ketiga-tiga blog aku ini mempunyai niche yang lebih kurang sama dimana Komputer Malaya (perisian), Office Malaya (Microsoft Office) dan HSBB Malaysia (Jalur Lebar). Baiklah, aku sengaja cerita pasal blog-blog tu supaya korang boleh lawat dan jadikan sumber rujukan. Disini juga aku nak menceritakan sedikit pengalaman aku dan seterusnya dengan membaca entri ini, dapatlah korang mencari hosting yang baik

    Berbalik kepada tajuk entri, semasa aku membeli hosting-hosting untuk 2 daripada 3 blog diatas itu tadi, aku terjumpa satu hosting yang murah dan boleh dikatakan berbaloi. Konsep aku begini, aku gemar membeli host disatu tempat manakala domain di tempat lain. Selepas selesai melaksanakan pembayaran, serta butiran akaun sampai ke e-mel aku, maka aku pun terus mengubah DNS domain kepada server tersebut

    Selesai proses propagasi domain dan pembangunan laman blog, maka aku pun pergi la menyebarkan laman blog tersebut. Laman blog yang aku maksudkan adalah HSBB Malaysia. Elok sahaja 2 hari laman blog tersebut berada dipersada Internet, sesuatu telah berlaku.

    Baca entri ini sepenuhnya »

    Maklumbalas:
    34 Komen »
    Kategori:
    Tutorial dan Tip
    Maklumbalas Pembaca Maklumbalas Pembaca
    Trackback Permalink

    Mencari Sesuatu?

    Senarai Entri Arkib

    • January 2012
    • December 2011
    • November 2011
    • October 2011
    • September 2011
    • August 2011
    • July 2011
    • June 2011
    • May 2011
    • April 2011
    • March 2011
    • February 2011
    • January 2011
    • December 2010
    • November 2010
    • October 2010
    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010

    Komen Terkini

    • nizamghazi on Baucar Buku 1Malaysia
    • azrai on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on HUBUNGI
    • Omar on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011

    Kategori Entri

    Blog dikuasakan oleh Wordpress, tema Jide Freshy 2, jalur lebar TM Unifi, P1 4G, serta sirap limau dan nasi kandar Line Clear | Paparan Mudah-Alih