Laman Sosial dan Privasi
Artikel ini ditulis pada Saturday 15/05/2010 (06:41) dan telah dibaca sebanyak 1,859 kali.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, agak sudah lama tak mengemakini blog ini berikutan terdapat banyak kerja yang perlu aku siapkan. Akhirnya, selepas lebih kurang dua minggu menyepi, hari ini aku mengemaskinikanlah blog ini untuk tatapan insan yang bernama pembaca. Thanks korang!. Baiklah, hari ini aku nak cerita sikit pasal laman jadi-sial (so=jadi, cial=’sial’) yang semakin hari semakin banyak kat Internet malah tumbuh bagaikan cendawan.
Apa yang aku nak cakap kali ini adalah mengenai ancaman rangkaian sosial. Apakah itu rangkaian sosial? Rangkaian sosial boleh diertikatakan sebagai tempat korang menjalin hubungan dengan manusia yang kadang-kala korang tak kenal langsung. Disitulah korang berkongsi segalanya yang sama seperti hobi, ilmu, atau kadangkala ada yang terjumpa pasangan hidup di Facebook. Okay, sekarang kita lihat satu-persatu kelemahan aspek rangkaian sosial ini
Walaupun aku sendiri menggunakan salah satu laman sosial ini, tapi terus terang aku cakap, mengikut konsep bekas guru di sekolah aku, beliau pernah berpesan yang laman sosial ini bekerja dengan prinsip ‘use it wisely or it will teach you how to use it wisely’ dalam ertikata lain; Gunakan Ia dengan Bijak atau Ia akan mengajar anda menggunakan dengan Bijak
Pertama, ialah dijamin wujudnya penipuan. Sedangkan yang LIVE depan biji mata pun ada manusia nak berdalih, inikan pula bila bersembunyi dibelakang bit-bit digital. Mesti lagi ramai punya, tengok sahajalah berapa banyak kes penipuan yang diceritakan di dada dan perut akhbar tempatan.
Kedua, pencerobohan privasi, ini adalah dasar pembangunan laman sosial. Eh, jap… siapa nak tahu tujuan sebenar laman sosial diwujudkan sila klik sini, mesti korang terkejut punya kalau korang betul-betul baca benda tu la…
Bagaimana yang aku katakan dengan pencerobohan privasi, begini; secara default, rangkaian sosial menggunakan tetapan umum untuk setiap penggunanya dan membolehkan ‘rakan-rakan’ pengguna akaun tersebut mengetahui status update, atau melihat gambar dalam profil tersebut. Tapi, ianya akan jadi lebih dashyat apabila pengguna akaun tersebut hanya membuat akaun dengan harapan untuk mengumpul friend siapa paling ramai. Malahan, kalau tak silap aku, pada zaman kegemilangan Myspace dahulu, sudah ada sistem yang menambah rakan diseluruh dunia secara automatik.
Kenapa lagi dashyat? Bayangkan setiap friend yang meng-add pengguna itu tadi, di Approvekan tanpa mengkaji latar belakang terlebih dahulu. Tidak menjadi masalah jika tiada apa dalm profil anda, tapi ianya menjadi masalah jika wujud gambar-gambar peribadi. Lebih malang lagi, jika gambar-gambar tersebut adalah gambar-gambar privasi yang anda rasa hanya keluarga dan ada sahaja patut tahu.
Masih lagi mengenai pencerobohan privasi, sekejap aku nak tanya, khususnya perempuan, siapa yang ada simpan gambar-gambar berkonsepkan peribadi kat dalam Facebook, Myspace, atau Friendster? Contoh gambar konsep peribadi adalah gambar yang diambil time tengah posing tak kisah dari angle mana sekalipun… SILA BUANG GAMBAR TERSEBUT SECEPAT MUNGKIN!
Kenapa, dari apa yang aku dengar, sekarang ni wujud sindiket mencuri gambar (stalker) yang bekerjasama dengan ahli-ahli magis yang dikatakan boleh menjampi gambar-gambar perempuan tersebut supaya pemilik gambar tersebut hanya ingat kepada tukang jampi tu.. inipun diceritakan oleh kawan aku dan tak silap aku pada tahun 2009, time Aidilfitri, TV3 ada menyiarkan cerita pasal ini.. aku pun tak berapa ingat dah, tapi lebih kurang camtu la konsepnya. Adess….
Yang terakhir sebelum aku mengakhiri post kali ini, ialah pasal maruah diri. Okay, yang ni aku nak cerita sikit…pernah satu ketika, aku ngan kawan aku masa time sekolah dulu, pergi ke sebuah sekolah untuk menyertai satu konvensyen apa ntah dalam bulan puasa… time di sekolah tu, kawan aku berkenan dengan seorang budak perempuan. Memang terus-terang aku cakap, yang kalau budak tu masuk rancangan Gadis Melayu (GM) kat TV9 tu, sure menang la… berbekalkan wajah macho kawanku, dia pun pergi la mintak number phone dan ntah apa dia cakap kat budak tu, dapatlah nombor phone bersama alamat Myspace (time 2008 masih belum hebat sangat penangan Facebook khususnya bagi remaja). Habis sahaja konvensyen lebih kurang pukul 5.00 petang, kitorang mula nak memblahkan diri dan sampai di kediaman masing masing dlm pukul 6.00 camtu.
Menjadi satu kemestian untuk TIDAK TIDUR MALAM jika menunggu waktu sahur pada hari Sabtu dan Ahad, maka bukalah alamat Myspace yang diberi tadi. MasyaAllah! Ibarat rentetan storyboard, budak yang lemah lembut, sopan santun yang kitorang anggap bakal juara GM tadi tu memang hampeh… Picture 1 of 14 memaparkan baju kurung, Picture 2 of 14 still baju kurung tapi dah tak pakai tudung, Picture 5 of 14, seluar jean ngan t-shirt apa ntah… dan Picture 13 of 14 memaparkan gambar yang giler dashyat… nasib baik waktu Malam time tu, kalau waktu siang (time tengah puasa), …tak tau la nak cakap..
Jadi, moral of the story aku ngan kawan aku tadi; ancaman adalah kepada maruah diri korang, kadang-kadang manusia ini suka buat benda yang pelik. Dah tahu pakaian tu tak sesuai nak ditunjuk ke khalayak ramai, usahlah muat naik ke Myspace/FB/FS dll. tak ke memalukan diri sendiri namanya?
Bayangkanlah kalau situasi tu berlaku time 15 tahun akan datang, time semua tengah sibuk nak berumah tangga, tunjuk pulak profile dan gambar-gambar camtu, memang reject la kalau mak bapak tengok untuk calon jadi menantu… haih…
Sekian untuk kaliini, berhati-hati di Internet dan kalau rasa-rasa berani, join la QuitFacebookDay
assalamualaikum.. erm..betul juga tuh. memang bahaya. tang fb nie lg bahaya. kt luar lain,kat fb lain. apa nk jadi dah,,,
.-= Entri terakhir diblog Amir Izzat ..Oh tidak!! Aku Dibanned Innit Nuff. =-.
huh,,terasa ” private” aku tergugat,…haha..nasib le lebih kureng jah..tp2 ye betul ape yg ko cakap aku sokong!!! bahaya betul la bagi gurl2 kat luar sana tuh…macam2 posing diorang upload..meleleh dibuatnya..huhu…btw…prempuan yang harus mention bende ini lebih sikit..takot2 kang gelap masa depan diorang….^___^
Semakin hari semakin banyak giler laman social. Tujuan: Lalaikan manusia..
.-= Entri terakhir diblog Frantz-Senpai ..Monsoon-X: Generasi Penggerak OSS =-.
betul, kekadang aku sendiri layan facebook jer amik masa 2 jam.. macam magic pulak rasanya kan..
haha.. no komen la bro….
.-= Entri terakhir diblog Taufik Dato Mansor ..Radio Sinar FM no 1 Malaysia? Hot FM kalah? =-.
memang laman sosial ni ada keburukan dia kan..tu la kadang2 jadi temapt orang nak menunjukkan sifat buruk atau tak baik dorg tu..yg bertudung g buang tudung..yg pakai longgar hbs semua ketat..ish3.
.-= Entri terakhir diblog din ..Belajar Daripada Kesusahan =-.
hurm betul la… lama social sekrang nie.. dah macam2 hal berlaku… yang kena tangkap pasal ugutla, pasal kutuk la… tapi kalau takda…susah jugak.. sebab kadang2 info datng dari laman sosial nie… apepun gunakan ia dijalan yang baik… bab privasi tuh… kita tak payah letak details pun..letak cukup syarat sudah.. nama alamat tipu..ngeh2
.-= Entri terakhir diblog zik ..Keputusan penuh Pilihan Raya Sibu (P212) =-.
Salam
Ya mmg betul!! Saya rasa pelik dn hairan dengan pengguna2 laman sosial skrg ni…esp perempuan…kalu kat luar pki tdg ttp aurat tp ble dlm fb or ms sume benda dh buang…saya ni sbg perempuan pun rse malu dn jelik tgk gmbr2 tuh..mereka jdikan laman sosial ni sbg platform mendedhkan diri tnpa memikirkan risiko yg bkal diperoleh…ye, mmg benar laman sosial ni lebih byk keburukan drpd kebaikan ttp bergantung kpd kte bgaimne nk mengawalnya serta meletkkn garis sempadan sebagai sandarannya..bkn psl ni shj semua bnda yg kte lakukan kna meletkkn akal fikiran sebgai panduan dn keutamaan bknnya nafsu…
wsalam hana..
betul apa yang awak cakapkan tu, tapi tak perlu nak dihairankan sangat, sebab apa? bila ditegur, ada pula yang cakap kita tak ikut trend atau perkembangan semasa.. tapi bila difikir dengan logik, inikah yang patut kita ikut; menunjukkan apa yang tak patut…
facebook menjadi platform seolah-olah mereka nak menayangkan bahawa merekalah lelaki macho atau wanita paling cantik atau seksi sekali, kebanggan lebih memuncak tatkala yang menambah sebagai rakan adalah lelaki. Betukar-tukar phone number dengan orang yang kadangkala baru seminit kita kenal memang merupakan yang langsung tak masuk akal… inilah yang dikatakan seolah olah tidak bermaruah dan semakin berani…. ~~
Ntah laaa… Tenok macam ko Omar. Pakai gambar kartun je kat facebook ko…..
p/s : Bole ajar aku cara kartunkan wajah…..
sekarang aku tak guna kartun dah… dah letak gambar betul…
dalam kes mcm ni.. perempuan mmg perlu berjaga-jaga lebih banyak berbanding lelaki..
Terutama gambar2 yg agak comel2 tu..
lelaki pun sama gak, kena berjaga-jaga…
terutama yang hensem-hensem cam kau tu…hehehe
[...] korang merupakan first target dalam FB (dalam tanggapan aku jer). Cerita yang aku kutip dari Omar punya blog, ada satu sindiket, diorang akan cari gambar-gambar perempuan yang cun-cun, lepas tuh forward [...]
Sebab itui manusia perlu tahu menggunakannya , sebelum agenda yang tercipta untuk mengenakan kita mari kita kenakan mereka dahulu. Dengan menggunakan FB sebagai dummy atau2 len2 .