Tawaran Pengajian ke UiTM
Artikel ini ditulis pada Monday 03/05/2010 (04:07) dan telah dibaca sebanyak 3,290 kali.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu kembali kita dalam blog aku. Dah lebih kurang seminggu aku tak update blog ini dengan entri terakhir pasal broadband di Malaysia yang mendapat hit yang tinggi serta komen yang agak banyak. Maaf dikatakan bahawa seminggu ini aku agak sibuk nak membuat laman-laman web yang dan beberapa pekara lain. Agak pening jugak kepala ni bila memikirkan kerje-kerje yang nak diselesaikan.
Baiklah, disebabkan takde apa yang hebat aku nak ketengahkan hari ini, jadi aku update jugak lah mana la tau ada sesiapa yang dok SMS rindu kat aku cam si Abdul Karim (jangan salah anggap) dan Din yang dok postkan aku link update blog beliau yang secara peribadi buat aku rasa betapa rajinya mereka mengemaskini blog-blog mereka.Sama-samalah korang baca sehingga habis, yang mana baik dijadikan panduan dan yang mana rasa cam takbest, dijadikan makanan sempadan…hehe..
Seperti yang semua pun tahu dan kalau baca pasal entri kat atas ini pun dah tahu aku ni baru jer habis sekolah dan tengah tunggu panggilan-panggilan untuk ke Universiti. Berbekalkan keputusan SPM aku yang berwarna-warni terbang (flying colour), aku dapat tawaran dari dua tempat nampaknya kali ini, satu dari Universiti Kuala Lumpur (sila rujuk entri lama dengan klik disini) dan semalam aku check aku dapat di Universiti Teknologi Mara.
Siapa yang masih belum tengok, sila buka https://upu.mohe.gov.my ye…
Alhamdullilah, memang yang tu aku mohon dan yang tulah aku dapat. Jadi untuk tidak membuang masa aku pun membeleklah laman web UiTM untuk tahu lebih lanjut pasal kursus ini. Jalan-jalan didunia maya ini akhirnya membawa aku berjumpa kepada dua buah laman Facebook yang aku rasa memang asyik cerita pasal UiTM ni. Laman tersebut adalah:
Laman Facebook Pelajar UiTM Kemasukan Julai 2010
Laman Facebook Diploma Sains Komputer UiTM
Agak berguna dalam aku mencari dan mendapatkan informasi semasa mengenai kursus-kursus dan rakan-rakan yang sama kursus di UiTM melalui platform yang dikenali umum iaitu Facebook. Tanpa berlengah aku dengan pantas menekan kekunci Like untuk kedua-dua buah laman tersebut. Jadi sesiapa yang dapat kursus yang sama atau menyambung study di UiTM, bolehlah buat pekara yang sama.
Cuma, bak kata Farah AF2 (breep..breep..), ku tak tahu antara dua ialah nak pilih UiTM atau UniKL. Setelah dikaji, kedua-dua ini adalah universiti kerajaan dan sesiapa diluar sana yang dapat membantu aku menyelesaikan masalah ini, aku belanja korang topap RM 10. Nak?
Bedasarkan semakan aku di laman http://istudent.uitm.edu.my/intake menunjukkan aku mendapat lokasi kampus di Segamat, Johor dan bedasarkan pemerhatian aku di Google Earth, nampak cam kawasan tu diselaputi hutan lagi dan lebih kurang 4 km baru sampai ke Pekan Segamat.. tapi aku tak tahu lah tu imej satelit bila, maybe 3 tahun lepas kot. malah lokasi aku di Shah Alam ke Segamat mengikut perhitungan Windows Live Local, lebih kurang 194.49 km dan memakan masa maybe dalm 2 jam 30 minit, tak caye cuba klik yang ni : http://bit.ly/avOysr
Apakah yang tepat diantara UiTM dan UniKL? Btw, kalau boleh aku nakkan cadangan dan alasan korang. Hal ini disebabkan aku dah post benda yang sama di Facebook dan kebanyakkan suruh aku melaksanakan solat istiharah.. InsyaAllah akan dilaksanakan, cuma nak tahu apakah pendapat korang?
p.s: Aiyark! Lepas setahun baru aku perasan ada kesalahan pada banner. Bukan 2011, tapi sepatutnya 2010. Malasnya nak tukar..
Omar, Segamat ok la.. Tp sara hidup tinggi.. Sbb Johor banyak barang mahal..
UiTM yuran murah drpd U lain.. Separuh drpd U lain rasanya. Kalau tak silap yuran area 500 je.. So kalau nak save bajet sikit masuk la UiTM.. Tp kes Segamat.. Hmm.. Susah gak..
UniKL tu terus specialization.. Rasa ok gak.. Omar pun dah ada lebih dari basic, kan?
Yang UiTM rasanya separuh komputer separuh math. kalau ikut kod UiTM, CS110 rasanya.
Kalau rasa tak boleh carry math sangat, nis cadangkan amek UniKL je. Lagipun under MARA, kan?
Kalau dapat Arau jauh lg, tapi sara hidup rendah. PT separuh boleh hidup lagi..
Kalau nak pointer tinggi tanpa banyak cabaran, amek la UiTM.. Haha.. Sbb nis tgk Omar dah terer dah.. Mesti boleh dean’s list tiap sem, then dapat grad first class..
.-= Entri terakhir diblog hanis ..Rasa macam takkan dapat.. =-.
stuju ngan hanis.. klu nk pointer tinggi tnpa cabaran, ambk r DCS UiTM…. klu ko ambk DCS UiTM, make sure ko kekalkan & update lg pgetahuan ko yg skrg…. sbb nnti pendedahan ttg php, sql dan lain2 mmg sangat2 kurang….
.-= Entri terakhir diblog myFirdaus ..Apsal dengan Facebook aku?? =-.
em, hanis thanks for visiting and your opinion..
ok, pasal bab uitm ni, mmg uitm murah sikit dan, yup mmg betul course dia separuh math separuh komputer [CS110].. huhu tu yang buat kekadang aku fikir dua kali nak masuk situ..
pasal UniKL tu, memang boleh kalau nak pergi (duit pendaftaran pun sy dah bayar) cumanya last-last ni lepas dpt offer dari uitm, saya tanya beberapa individu, saranan diorang: pergi UiTM, sebab kalau UniKL plak kang, tak ramai yang tahu tu U apa, sesilap kang susah dapat kerja
btw, mengenai teks Kalau nak pointer tinggi tanpa banyak cabaran haha, InsyaAllah boleh la kalau yang melibatkan komp, tapi kang kalau yang math.. tu yang ragu-ragu sikit..hoho… erk, terer ke? mana ada la…
Besar harapan nak dean list stiap sem dan grad first class…InsyaAllah…
Semoga berjaya di menara gading.
.-= Entri terakhir diblog Syafrizal ..Kegunaan Google Reader untuk blogger =-.
terima kasih en. syafrizal
first, pesal aku mesti rindu kat ko eh? hehe..
Kedua, dengkinya aku tgk ko dapat bangunkan web apps. Aku ni apa la sgt. CSS pun tak habis lagi belek buku.
Ketiga, dengkinya aku tgk ko dapat tawaran ke U. Aku ni tahun depan nak amik SPM. Lambat lagi.
Stakat tuh je. Laksanakan istikharah bebanyak ye.. hehe
.-= Entri terakhir diblog Frantz-Senpai ..Jom Kita Bantu Blogger Newbie =-.
haha.. takde la, sajer je teks bagi gempak camtu.. kan ko asyik SMS aku jer..huahuahaha
btw, tak yah la nak dengki-donkey, benda-benda tu biasa jer.. aku ada satu benda nak bagitau kau, daripada kau study CSS, lebih baik kau study Jquery. Memang best dan sekarang ni JQuery tengah top.. kira boleh amik peluang la.
pasal tawaran ke U tu, ala, semua orang boleh kalau ko rajin.. InsyaAllah, you maybe better than me.. May Allah bless you..
uitm byk kelebihannya..hehe makan free, yuran pengajian free kalau tak silap aku..member2 aku yg ckp la..so kt sana, mmg duit ptptn dpt berjoli byk..hehe
hoho.. joli? Nak joli kat mana bang, UiTM Segamat dengan pekan Segamt 10 km jauhnya.. keliling dengan hutan (nak cakap hutan pun tak tau dah sebab tengok pokok semua tersusun) cam kebun…
memang sengaja dia letak kat hutan supaya student tak boleh joli.. karang cepat je habis duit pt tu.. lepas tu nak mintak tambah sebab tak cukup.. nak bayar balik liat..
.-= Entri terakhir diblog hanis ..Makhluk Kecil Itu.. =-.
oo…memang sengaja rupanya.. em, uitm amik PTPTN atau MARA eh? yang mana satu ok?
unikl or uitm is come from same root..asalnya MARA juga..
cuma uitm dulu juga asal nya MARA tapi di upgrade jadi ipta..
fully whole in gov..
unikl pulak adalah hak milik penuh MARA….
juga unikl juga asalnya universiti teknikal MARA..tapi ditukar nama ke UniKL untuk perjenamaan semula..
so cuma unikl nie x jadi ipta lagi jew..walaupun Najib dah pinda unikl kew kpt…tapi rayuan dari MARA agar tidak di pinda makan ianya x secara rasmi di bawah KPT tapi masih bawah gov…tapi di kementerian pembangunan kemajuan kuar bandar selepas kementerian MECD dibubarkan dalam pentadbiran Najib..
so x payah la nak compare sgt2x
if u are smart by practical and “hand on” Unikl is the best choose
if theory uitm perhaps-
tapi kenapa community lebih pandang tinggi pada MRSM??
walhal MRSM dalam MARA..dan di bawah kementerian pembangunan luar bandar….
bukan di bawah kementerian pendidikan…
alalo omar..aku rasa baik je ko pegi uitm…kalau pegi swasta ni mmg bajet besar tp kalau pegi uitm cerah lagi masa depan ko..hehe..itu pandangan aku yerk…
ye bdk_Skema, aku pergi UiTM.. thanks for your opinion..
baru 18 dah sibuk mcm businessman. mana yang terbaik kau rasa, aku suggest uitm segamat. kemungkinan juga aku akan masuk sana insyaAllah.
oklah hakim, aku gi Segamat.. nanti kalau ada rezeki, jumpa la ko kat sana…
urmm…. diploma sains komputer uitm (DCS UiTM)??? adehhh… klu dapat diploma sains komputer di U lain, baik pegi… sbb ape yg aku tgok, DCS UiTM x berapa menguntungkan… aku pon student uitm… diploma accounting information system… tapi, ape2 pon, buat pilihan terbaik…
.-= Entri terakhir diblog myFirdaus ..Apsal dengan Facebook aku?? =-.
terpulang la nak masuk mana kan… janji ada tempat untuk belajar.. semoga berjaya terus ke menara gading..
.-= Entri terakhir diblog zik ..Cara nak lebatkan rambut. =-.
terima kasih
satu aku mmg rajun tapi skang ni xda idea..hahahaha..tapi bg aku better unikl..ko terus blaja yg ko nk..cam uitm ada math jugak..eloknye unikl la..
.-= Entri terakhir diblog din ..Kalau Dah Boring =-.
Akhirnya dapat gak bro omar sambung belajar. Merantau bagus untuk menimba ilmu.
Nampaknya begitulah. terima kasih.
Sebagai alumni UiTM (Kimia)..tak banyak aku nak cakap!
UiTM bro..patut aku panggil adik ko ni..banyak kelebihan..duit tak banyak habis..graduan UiTM laku..
Aku sampai ke Jepun kerja..merata2 aku pegi..
Anyway,teruskan dgn apa ko buat sekarang..jangan stop..budak lagi dah terer! Bagus
.-= Entri terakhir diblog PisangPanas ..Unikkan Blog Korang Dengan @Fontface Custom Font =-.
btol la pisang panas ….. nampak terer budak Omar ni …. …..
Erk, ini entri setahun yang lalu la. Mana ader terer.
kikikiki.. nampak cam menjadi jerr smue yang ko nak dalam minggu nie.. minggu aku plak cam havoc.. haha! banyak benda x bernasib baik.. hohoho.. pssss… ko pelajar spm ke? dah bleh buat coding camtue? mantap!
.-= Entri terakhir diblog samanosuke_04 ..Spring – Musim Picnic Kteorang.. =-.
Alhamdullilah… agak menjadi la benda-benda yang akubuat meinggu ni…