Jika UPSR dan PMR dimansuhkan
Friday 25/06/2010Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum baca, sila ambil perhatian hanya pelajar PMR dan UPSR sahaja yang terlibat dengan entri ini dan yeay! Mungkin diantara adik-adik diluar sana tengah bersorak kegembiraan lebih-lebih lagi kepada yang nak ambil UPSR dan PMR pada tahun depan. Walaupun Kerajaan Malaysia (ketika entri ini ditulis) masih belum umumkan apa-apa lagi, tapi sudah nampak ada kepastian yang UPSR dan PMR akan dimansuhkan. Isu ini bukan pekara baru dan pada pandangan aku yang tak berapa lagi, isu ini bukanlah satu isu politik untuk memancing undi. Bagi aku, tindakan untuk memansuhkan dua peperiksaan kebangsaan yang menjadi kayu pengukur kebolehan dan aras murid rendah dan menengah perlu dinilai dengan sebaik mungkin oleh pihak yang berwajib.
Adakah UPSR dan PMR juga akan mengalami nasib yang sama seperti PTS yang dimansuhkan pada tahun 2000 iaitu setahun sebelum aku melangkah masuk ketahun 3? Tiada siapa tahu apa akan berlaku, tapi jom kita kaji apa kebaikan dan keburukan sekiranya kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan. Baca entri ini sepenuhnya »





Komen Terkini