Omar.my

Sesuatu yang perlu dikongsikan bersama
    • UTAMA
    • PENULIS
      • IT DAN KEHIDUPAN
      • PORTFOLIO
    • LINK EXCHANGE
    • HUBUNGI

    Jika UPSR dan PMR dimansuhkan

    Artikel ini ditulis pada Friday 25/06/2010 (04:01) dan telah dibaca sebanyak 1,767 kali.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum baca, sila ambil perhatian hanya pelajar PMR dan UPSR sahaja yang terlibat dengan entri ini dan yeay! Mungkin diantara adik-adik diluar sana tengah bersorak kegembiraan lebih-lebih lagi kepada yang nak ambil UPSR dan PMR pada tahun depan. Walaupun Kerajaan Malaysia (ketika entri ini ditulis) masih belum umumkan apa-apa lagi, tapi sudah nampak ada kepastian yang UPSR dan PMR akan dimansuhkan. Isu ini bukan pekara baru dan pada pandangan aku yang tak berapa lagi, isu ini bukanlah satu isu politik untuk memancing undi. Bagi aku, tindakan untuk memansuhkan dua peperiksaan kebangsaan yang menjadi kayu pengukur kebolehan dan aras murid rendah dan menengah perlu dinilai dengan sebaik mungkin oleh pihak yang berwajib.

    Adakah UPSR dan PMR juga akan mengalami nasib yang sama seperti PTS yang dimansuhkan pada tahun 2000 iaitu setahun sebelum aku melangkah masuk ketahun 3? Tiada siapa tahu apa akan berlaku, tapi jom kita kaji apa kebaikan dan keburukan sekiranya kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan.

    POSITIF

    Kebaikan yang mungkin dapat dirasai jika pemansuhan UPSR dan PMR berlaku ialah taraf produktiviti sekolah akan lebih meningkat. Sebagai contoh, kalau tak percaya, cuba tanya dengan guru-guru yang mengajar tahun 6 atau tingkatan 3, mereka sebenarnya telah ditekankan dengan suatu objektif untuk meningkatkan nama baik sekolah,. Apatah lagi jika tekanan ini diberikan oleh pihak PIBG dan Guru Besar/Pengetua itu sendiri. Frankly, tak bersalah untuk meningkatkan nama baik sekolah, ianya secara tidak langsung mempromosikan sekolah itu sendiri dimata masyarakat Malaysia. Contohnya, bila sebut SMK Ulu Tiram, Johor, apa yang akan anda fikirkan? Mestilah pelajar cemerlang SPM 2004 Nur Amalina.

    Jadi ianya macam satu tekanan terhadap guru-guru sekolah untuk berusaha keras bagi memastikan sekolah masing-masing melahirkan pelajar yang pintar, cemerlang dan mengkagumkan.. tapi, bila dah asyik ditekan-tekan, lain la pula jadinya terhadap guru-guru.. Guru merupakan seorang manusia dan bukanlah sebuah patung atau robot seperti Doraemon. Guru mempunyai emosi. So, cuba gabungkan emosi tertekan + marah (maybe masalah rumahtangga) + tension (kena marah dengan GB/Pengetua kerana pelajar gagal, Dah tentu ini membawa kepada keadaan masalah jiwa yang lebih dashyat dan ini akan secara langsung mempengaruhi taraf produktiviti dan keberkesanan sistem P&P di kelas… itu belum lagi masuk masalah pelajar degil, disiplin, dan macam-macam hal lagi… so bila takde exam, tiadalah tekanan dan dah pasti P&P berjalan dengan lebih ceria, lancar dan ibubapa juga tak perlu risau sangat mengenai ehwal akademik anak-anak mereka.. cukuplah sekadar follow up day-by-day…

    Kebaikan seterusnya, mengubah persepsi masyarakat Malaysia tentang dasar exam-oriented. That’s it, it is now happen in Malaysia, segalanya diterapkan melalui peperiksaan. Subjek yang tidak ada kena mengena dengan peperiksaan dianggap mengarut dan membuang masa, so apa akan jadi dengan general and moral value yang dibawa oleh subjek tu, ia sia-sia lah.. sebagai contoh, wujudnya subjek Kajian Tempatan pada untuk sekolah rendah tahap dua dan mulai tahun 2005 Kementerian Pendidikan memulakan P&P matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (mungkin disebabkan semakin hari semakin banyak budak-budak takde Sivik dan nilai patriotisme kot..) untuk student sekolah menengah, tapi malangnya kedua-dua subjek ini tidak diserapkan kedalam Peperiksaan kebangsaan? Tak guna tambah beberapa subjek sekalipun dan merekabentuk apa yang digelar sebagai Jadual Waktu Anjal, tapi tidak dimasukkan kedalam akademik dan apatah lagi dipraktikkan dalam kehidupan.

    So, pelajar study sambil lewa…, kalau camtu lebih baik kerajaan tak payah buat buku teks sivik, PJK, dan KT sebab kalau hebat pun dalam subjek tu, rata-rata parent bukan peduli sebab tak masuk periksa.. cuba gagal Mathematics atau Geografi? berlari parent hantar pelajar ke Pusat tusyen semata-mata untuk mendapatkan A…itulah hakikat sebenar, walaupun sistem peperiksaan di Malaysia masih belum terlalu kejam seperti di Amerika sehingga perlu dikritik melalui filem Accepted, tapi keadaan sekarang sudah menunjukkan akan wujud. Selain itu, bila dah ditumpu sangat pada exam oriented, akan ada sepertimana yang dikatakan macam deskriminasi antara pelajar. Pelajar kelas A,B diberikan kelas tambahan, kewujudan Kelas Target, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Harapan dan akhirnya membuat kelas C, D hingga hujung seperti dianak tirikan.. oh come on, kemana bebudak yang C,D,E ni nak pergi? Jadi, memang betul, something need to be done there..  (aku bercakap pasal ini sebab aku pernah merasa duduk didalam kelas awal dan kelas sederhana… maybe differ with other school)

    Jadi, bila tak ada peperiksaan UPSR dan PMR, deskriminasi tadi takdelah nampak ketara sangat. Kekadang, ada pihak yang bercakap, “pihak sekolah tak menganaktirikan pelajar dikelas belakang-belakang, cuma tengok sahajalah, diorang kebanyakkan takde minat terhadap pelajaran”, so that’s in.. sendiri bagi jawapan terhadap apa yang dikatakan sebagai exam oriented. Pelajar-pelajar yang kurang berminat dengan sistem pendidikan tak perlu dipaksa dengan akademik yang semacam membebankan bagi mereka, make them free… berikan mereka peluang untuk menggunakan kreativiti dan bakat and at the same time, try to make them more disciplined, well behave and try to make them realize the importance of qualification in life..

    Kebaikan yang ketiga, mengurangkan tahap bebanan kewangan dan masalah keluarga. Nowadays, kebanyakan yang duduk di bandar-bandar khususnya bandar besar seperti Lembah Kelang sudah pasti realize yang kepentingan tusyen. Macam-macam cara tusyen yang ada sekarang, 1-to-1, home tusyen, pusat tusyen, tusyen pos, tusyen online dan yang paling dashyat, malah membeli nota-nota yang tak dijamin kemasukkan dalam exam sehingga beratus-ratus RM… bagi keluarga yang kaya, no problem… melambak pusat tusyen di KL ni, macam-macam nama seperti Mawar Kasturi, Kancil Itik juga ada boleh mendaftar dengan senang hati, tapi bagi yang kurang berkemampuan camana pulak? Selain itu, tak kurang juga ada pusat tusyen yang berkonsepkan Pendidikan ialah Perniagaan dengan memberi caj mahal giler kepada pelajar-pelajar yang nak menuntut ilmu.. tak ke pening kepala parent nak mencari dana?

    Jadi, bila takde peperiksaan besar seperti UPSR dan PMR, takdelah terlalu terbeban sangat ibubapa ni untuk preparekan tusyen… tu belum lagi pasca-PMR dan pasca-SPM, iaitu tatkala masing-masing dah peroleh kelayakan untuk membawa kenderaan bermotor atau yang mana berjaya menjejakan kaki ke menara gading (universiti) samada IPTA atau IPTS, bolehlah korang create sendiri hipotesis iaitu semakin banyak duit diperlukan maka semakin pening la parent yang kurang mampu untuk menampung perbelanjaan tersebut :(

    NEGATIF

    Baiklah, setiap benda yang manis kekadang kalau dah melebih mesti ada keburukannya jugak kan? So, mari kita tengok apa keburukan akibat tindakan Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR ini tadi.

    Keburukan yang pertama jika peperiksaan UPSR dan PMR, akan hilang daya saing atau minat belajar, khususnya kepada pelajar Melayu. Baiklah, aku bukanlah ingin downkan bangsa Melayu, tapi sebab aku ni sebagai seorang Melayu, aku letakkan Melayu sebagai bangsa contoh dalam blog ini, tapi cuba fikir balik, mengikut analisa dan kajian (ehem) yang aku jalankan, cuba tengok sekeliling korang, berapa ramai kawan-kawan korang (atau murid tahun 6 dan tingkatan 3) yang bangsa Melayu nak duduk mentelaah buku (bukan mukabuku) bila sampai tahun peperiksaan. Sebagai contoh, murid tahun 6 dan tingkatan 3. Mungkin dalam sesebuah sekolah, keadaan asyik mentelaah buku ini hanya dapat dilihat kepada pelajar kelas-kelas A dan B sahaja. Jadi, konklusinya, sedangkan dah tahu hujung tahun nak exam pun tak mau baca buku, inikan pulak bila kedua-dua exam ini dimansuhkan? Lagi laa malas…

    Seterusnya, masalah sosial semakin melambak di Malaysia. Tak cukup dengan masalah sosial yang diimport dan dilakukan oleh pendatang asing khususnya dari negara-negara terdekat, kini kita sedang merancang untuk menambah lagi masalah. Malas nak berceloteh panjang, cuba fikirkan, jika kerajaan tak wujudkan exam di Tingkatan 3, makin dashyatlah perilaku remaja-remaja ini. Tatkala bangsa sedunia sedang berusaha memupuk pemikiran dan sahsiah ideologi kelas pertama dalam masyarakat, kita di Malaysia ini seolah-olah menggalakkan pelajar membazir masa dan tenaga… peperiksaan kelayakan ke SBP dan MRSM? Sudah tentu sekali dianggap tidak berguna atau tidak penting oleh pelajar-pelajar yang bermasalah. Bak kata sorang kawan aku; “Kita hidup hanya sekali, remaja hanya sekali, so bila tak diwajibkan exam, there is no need to work damn hard, so let’s enjoy your life and have fun..” dan bersedialah untuk merasai impak negatif bila kehidupan dipersiakan… sudah tentu Malaysia mungkin dipenuhi macam-macam masalah sosial samada secara fizikal atau secara maya (online). Bersediakah anda?

    Keburukan yang seterusnya, akan timbul soal kelayakan akademik menengah. Tanpa peperiksaan yang setanding seperti PMR, sudah tentu agak sukar bagi pelajar untuk menentukan bidang yang sesuai dengan kelayakan akademik untuk memasuki ditingkatan empat. Maka, timbulah cerita seperti mengikut kawan atau pilih bidang untuk glamor seperti yang pernah aku suarakan pada Januari yang lalu. Mungkin gov akan buat satu sistem penilaian dan pentaksiran peringkat sekolah, tapi sejauh mana keberkesananya masih belum terjamin. Sudah pastinya ini akan meningkatkan peleburan wang kerajaan apabila perlu menghantar guru-guru data dan Pengarah Peperiksaan Dalaman untuk  berkursus mengenai sistem baru. Tidakkah itu akan melibatkan kerumitan?

    So, bila dah rumit dan kadangkala sistem itu mengambil masa beberapa tahun untuk menjadi betul-betul stabil, maka, apakah kualiti pelajar perintis yang diimplementasikan sistem tersebut. Sudah tentu hasilnya tidak seperti yang dikehendaki dan pada saat saat tertentu nanti, mungkin juga akan berlaku sesuatu kenyataan pahit tentang keberkesanan sistem tersebut. Tidak mustahil, tanpa peperiksaan seperti PMR yang benar-benar kukuh, seorang pelajar yang tidak ingin berusaha dan asyik gagal subjek Mathematics diluluskan untuk masuk kelas Sains 1 (Biologi) semata-mata disebabkan minat dan glamor. Hasilnya, akan lahir pelajar pasca-SPM yang akhirnya tidak diterima masuk ke IPTA dan lebih malang lagi, disebabkan tidak ada apa yang ingin dibuat, pelajar tersebut akhirnya menjadi penyumbang kepada peningkatan statistik masalah sosial di Malaysia.

    Kesimpulannya, jika UPSR dan PMR dimansuhkan, ada kebaikan dan keburukan. Pihak berkaitan tidak boleh membuat keputusan terburu-buru apatah lagi dipengaruhi tekanan dan unsur-unsur politik. Bak kata seorang penghantar SMS di ruangan RakanBH dalam akhbar Berita Harian, “setiap kali sistem pendidikan diubah, pelajar dijadikan bahan eksperimen, kasihanilah kami” .. amat diharapkan agar keputusan yang tepat, telus, dan bernas dicapai tanpa melibatkan dan memungkinkan berlakunya sebarang pindaan pada masa akan datang. Contoh terdekat adalah PPSMI yang kini sudah tak wujud lagi.. Aku juga tak menolak bahawa mungkin wujud perasaan berasa “tak adil la camni” dari pelajar-pelajar terdahulu sekiranya UPSR dan PMR dimansuhkan.

    Pandangan peribadi aku, sistem pendidikan yang diimiginasikan oleh karyawan J.K Rowling melalui novel Harry Potter boleh juga dipraktik di Malaysia. Cumanya subjek seperti Herbalogi, Transfigurasi dan Posyen tu tak perlu la diwujudkan…Contohnya peperiksaan OWL boleh diertikan seperti PMR, kerana pelajar perlu memilih jurusan/bidang dan diberikan taklimat kerjaya bedasarkan kelayakan manakala peperiksaan NEWT boleh diertikan seperti SPM, kerana pelajar menggunakan keputusan ini untuk memohon pekerjaan. Cuma, J.K Rowling tak mengilhamkan IPTA dan IPTS jer..

    Baiklah, itu sahaja untuk kali ini. Semoga pelajar yang terlibat dengan apa jua peperiksaan UPSR, PMR, SPM akan sentiasa cemerlang…InsyaAllah. Sekian.

    (p.s: Entri ini ditulis buat pertama kali di Segamat, Johor dengan menggunakan P1 Wimax USB Wiggy Modem pada jam 2.30 pagi. Liputan disini agak baik dan laju, mungkin anda yang patut mencuba teknologi Wimax ini)

     

    Related Posts with Thumbnails

    Jika anda rasa entri blog ini menarik dan berguna? Sila klik "Like" atau +1

    Tag
    gerakan mansuh ppsmi, keburukan ppsmi, mansuh peperiksaan, program upsr dan pmr di astro, upsr dan pmr

    « Kehidupan di UiTM – Seminggu lagi Kehidupan di UiTM – Dua minggu berlalu »

    Maklumbalas pembaca mengenai isu yang ditulis pada entri ini...

      Sebanyak 7 maklumbalas telah direkodkan.
    1. Frantz-Senpai says:
      Friday 25/06/2010 at 09:14

      btol.. kalau diperkenalkan sistem baru, penjimatan perbelanjaan akan berlaku dan soal dari pelajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah itu mungkin akan jadik hal.. dan betullah, pelajar akan hilang minat bersaing..

      Reply
      • Omar says:
        Friday 16/07/2010 at 16:28

        haha…. betul apa aku cakap kan… so, aku boleh la jadi Menteri Pendidikan thn 2020 nanti..

        Reply
    2. MASOKIS says:
      Saturday 03/07/2010 at 13:12

      hala tuju MRSM…sek.teknik..mesti berterabur utk upsr.
      hala tuju..kolej…..tajaan pun..mesti terabur utk pmr.

      ni idea masokis:
      ###########################################################
      Malaysia patut buat kongsep jepun. belajar selagi xlulus. maksudnya.. kalau pelajar tu tak lulus, dia akan kekal kat sekolah tu. contoh, pelajar tahun 3..dia gagal.. dia xkan naik ke tahun 4, tp stay kat tahun3. nak tak nak… dia kena usaha…

      mmg nampak ralat.. malah akan kurangkan kuantiti… tp fikir2. kualiti akan terselah.
      tapi sektor ekonomi malaysia..perlukan ke-2-2.kualiti dan kuantiti………
      ###########################################################

      walallahualam ~

      Reply
      • Omar says:
        Friday 16/07/2010 at 16:30

        yup. kualiti pendidikan kat Malayia ni mesti berterabur punya dan benar ko cakap, kita perlu pentingkan kualiti berbanding kuantiti… ini kalau asyik kuantiti pelajar yang naik gred ramai, tapi tak sampai 50% yang berkualiti.. no point la..

        Reply
    3. iqbal KR delima says:
      Sunday 04/07/2010 at 10:41

      hahahahahahahahahaha…………akulah anak ckgu akmar iqop nyer
      jgn jeles smue…..
      haiza pown samer

      Reply
    4. iqbal KR delima says:
      Sunday 04/07/2010 at 10:45

      ak da nk letak jawatan byeeeeeeeeeeeeeee

      Reply
    5. cikgu hanisah says:
      Saturday 17/07/2010 at 15:23

      salam adik2. UPSR patut dimnsuhkan!
      peperiksaan berasaskan sekolah perlu diteruskan dan stiap hujung tahun penilaian akhir tahun diselaraskan tahap daerah macam daerah gombak. jadi, tidak timbul masalah bagaimana nak uji budak2 ni. keputusan peperiksaan akhir tahun sudah cukup nak bawa bebudak ni ke sekolah2 asrama atau aliran agama.
      apa yang saya nampak, trend gb2 di sekolah yang seolah2 buta dan senget hati mengejar kecemerlangan upsr sbg tanda aras kebagusan sekolah mereka. budak2 darjah enam tidak diberi galakan malahan dikecualikan dari kokurilulum agar mereka tumpu sepenuh perhatian upsr. guru2 perlu usaha gila2 untuk tingkatkan prestasi tanpa kira apa juga masalah. kdg2 saya lihat ada sesetgah budak kurang matang untuk menguruskan pembelajaran sendiri. saya dapat lihat pada anak saya sndiri di mana saya sajaha yang bersungguh2 dan dia masih belum bersedia untuk belajar. dia minat dalam bidang seni, bidang kokurikulum dan sebagainya. saya tidak nampak salah mana anak saya ini kerana sudah memang setengah kanak-kanak lambat matang dan mereka perlukan pembelajaran yang menyeronokkan bukannya membebankan.
      guru di sekolah perlu bertindak sebagai pendidik yang mendidik sikap pelajar agar mereka mnjdi seorang yang budiman, sukakan ilmu, sayangkan alam, manusia dan haiwan. upsr mengajar mereka menjadi pelumba yang mementingkan diri sendiri. guru juga tertekan dan memberi penekanan hebat ke atas pelajar agar prestasi mesti meningkat. ibu bapa pula stress apabila anak dikatakan tidak mencapai tahap yg dikehendaki.
      bagi pelajar yang bijak, pandai menguruskan diri upsr memang tiada masalah. namun, hakikat yang terjadi di sekolah, pelajar kelas belakang tidak dipandang sebagai mempunyai potensi lain selain akademik.
      teori 9 kecergasan oleh H Gardner tidak berguna langsung. hanya satu arah pelajar diasak dan digilap. guru tidak lagi seronok mengajar kerana tekanan ini.
      saya, cikgu hanisah… berharap guru dapat mengajar pelajar menjadi manusia yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal.
      (saya pernah lihat sepasang pelancong barat masuk ke kdai 7e dan di belakang mrk ada seorg rakyat tempatan. lelaki pelancong membukakan pintu luas2 untuk lelaki tempatan. lelaki tempatan masuk terus ke rak jualan, lelaki pelancong menoleh ke arah pintu, diadapati pintu tidak tertutup… dia pergi menutupnya. lelaki tempatan nampak tapi buat selamba sahaja. APA MAKNANYA ITU??? BUKANKAH ITU TANDANYA RAKYAT KITA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN TIDAK MENGHORMATI ORG LAIN? JADI, TUGAS GURU ADALAH UNTUK MENDIDIK HAL NI SECARA SERIUS DI SEKOLAH, BUKANNYA MENUMPUKAN PADA BEBANAN MENCAPAI TARGET MARKAH HEBAT A ++ DALAM PEPERIKSAAN BESAR!!!!

      Reply

    Hantarkan maklumbalas anda...

    Click here to cancel reply.

    Nota: Komen anda mungkin mengambil masa sehingga 24 jam sebelum dibalas atau dipaparkan di laman blog ini.

    Mencari Sesuatu?

    Senarai Entri Arkib

    • January 2012
    • December 2011
    • November 2011
    • October 2011
    • September 2011
    • August 2011
    • July 2011
    • June 2011
    • May 2011
    • April 2011
    • March 2011
    • February 2011
    • January 2011
    • December 2010
    • November 2010
    • October 2010
    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010

    Komen Terkini

    • nizamghazi on Baucar Buku 1Malaysia
    • azrai on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on HUBUNGI
    • Omar on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011

    Kategori Entri

    Blog dikuasakan oleh Wordpress, tema Jide Freshy 2, jalur lebar TM Unifi, P1 4G, serta sirap limau dan nasi kandar Line Clear | Paparan Mudah-Alih