Omar.my

Sesuatu yang perlu dikongsikan bersama
    • UTAMA
    • PENULIS
      • IT DAN KEHIDUPAN
      • PORTFOLIO
    • LINK EXCHANGE
    • HUBUNGI

    Kehidupan di UiTM – Dua minggu berlalu

    Artikel ini ditulis pada Friday 09/07/2010 (00:36) dan telah dibaca sebanyak 1,385 kali.

    Assalamualaikum wbt. Sedar tak sedar, dah 2 minggu aku duduk secara solo kat UiTM ni. Secara umumnya, ada part yang best dan ada jugak yang tak best kat sana tu. Yang best bila tengok kawan-kawan dan para senior semua yang agak baik dan boleh bekerjasama manakala yang tak bestnya masa orientasi la, for sure siapa yang baca ni dah pernah masuk universiti tahu la. Tapi kalau dibandingkan dengan cerita senior-senior terdahulu, orientasi time aku ni kira dah cukup ringan. So, kali ini aku nak share sikit part-part sepanjang 2 minggu aku di UiTM.

    MINGGU DESTINI SISWA (atau senang citer, minggu orientasi)

    Bermula dengan cerita pada petang yang syahdu (haha) Sabtu 26 Jun 2010, aku tengok ada gak beberapa orang student sebaya yang dah mula feel sedih jer seterusnya kitorang kemudian diarahkan berkumpul untuk sesi taklimat dan ceramah. Masuk jer dewan, baru aku perasan yang orang selalu cakap tanda-tanda hari kiamat, memang betul-betul ada. Apakah tanda yang aku maksudkan? Perempuan lebih ramai dari lelaki. Bak kata kawan aku, tu tanda-tanda yang menunjukkan lelaki boleh berkahwin lebih dari satu. Dari 1600 pelajar baru, hanya 300 adalah lelaki manakala bakinya adalah perempuan.

    Berbalik pada isu ceramah, Jadi cam biasa la, bila mana ada ceramah, mesti la ada yang jadikan waktu tu sebagai waktu tidur (masakan tidak, dah bangun pukul 4.30 pagi), termasuklah aku. Takkan nak tengok jer kot kawan sebelah dah lena dibuai mimpi, so apa lagi, baru plan nak landing tetiba terus kena tegur dengan PM-PM bertugas. So, terpaksa la bersengkang biji mata mendengar ceramah-ceramah mengenai UiTM.

    Antara ceramah yang agak menarik perhatian aku ialah ceramah mengenai Halatuju Melayu dan program Mengubah Destini Anak Bangsa. Frankly, yang menarik perhatian aku adalah video yang ditayangkan. Ada gak la yang menitiskan air mata (dan air liur kalau yang tengah tidur la) masa melihat video tu especially siswi-siswi semua.

    Oh ya, sehari sebelum Minggu Destini Siswa [MDS] melabuhkan tirai, pihak dari Astro OASIS datang melakukan rakaman untuk forum Liga Ilmu. Aku yang tak pernah tengok cerita ni pun kena la tengok. Kalau tak silap aku, masa shooting ni ada seorang peserta Imam Muda Astro OASIS datang.

    Selesai sudah MDS iaitu pada jam 11.30 petang, kitorang (pelajar baru) dihidangkan dengan modul-modul Kemahiran Insaniah (KI) yang disediakan oleh UiTM Shah Alam. Program yang mengambil masa lebih kurang 8 jam ini akhirnya habis gak la. Jadi, apabila benda-benda tu dah habis, dengan penuh gembiranya aku dan budak-budak lain menghabiskan masa dengan tidur.

    KULIAH BERMULA

    Isnin lepas, kuliah pun dah start, so bermulalah sesi aku sebagai student UiTM. Frankly aku cakap, sini memang ramai giler student perempuan so pegerakkan khususnya ditempat-tempat sesak amat perlu dielakkan. Walaupun dalam gambaran satelit, nampak keseluruhan kampus tu kecik jer, tapi secara realiti, memang agak kecik dan dipenuhi dengan tangga (turun 2kg beb duk seminggu kat sini..hhaha) cumanya, masuk Rabu lepas, dah 3 kali aku tersesat dalam kampus tu. Adoi, nasib baik lecture pun faham yang agak susah nak cari dewan kuliah sebenarnya. Al-maklumlah, nama pun student baru.

    Hari Selasa pulak, ada pasar petang kat UiTM ni. Jadi ada gak la time nak beli apa yang patut. Time ni jer la masa yang aku rasa ni jer la masa untuk melepak kot. Mana ada masa free dah kalau dah duduk dlaam ni, memanjang assignment jer. Masuk jer kelas ada assignment. Tu baru yang offline, belum kira yang nak guna web-based learning lagi.

    So itu sahaja cerita setelah 2 minggu di UiTM aku kembali ke Kuala Lumpur pada hari ini iaitu Jumaat 9 Julai 2010. Aku keluar dari kampus pada Khamis, 6 petang semalam.. Syukur bahawa hari Jumaat, Sabtu, Ahad aku takde kelas. So, boleh la rilek-rilek kat rumah. Sekian.

    Kredit imej: Farizul Hafiz dan Prof. Khalil

     

    Related Posts with Thumbnails

    Jika anda rasa entri blog ini menarik dan berguna? Sila klik "Like" atau +1

    Tag
    cinta kampus, kehidupan semeter satu, kes buli di uitm, kolej kediaman siswa uitm shah alam, orientasi di uitm

    « Jika UPSR dan PMR dimansuhkan Kehidupan dulu dan kini »

    Maklumbalas pembaca mengenai isu yang ditulis pada entri ini...

      Sebanyak 6 maklumbalas telah direkodkan.
    1. Frantz-Senpai says:
      Tuesday 13/07/2010 at 17:19

      dah tua dah ko skang nie eh… hoho.. btw, good luck bro.

      Reply
    2. x-po says:
      Wednesday 14/07/2010 at 19:12

      oh rindunya masa alam universiti dulu huhu

      Reply
    3. syahrilhafiz says:
      Friday 16/07/2010 at 20:15

      fuyooo..
      belajar baik2 erk..jgn nak menggatai plk kat sanan..hoho..
      coz yang aku amik sekarang,frankly, banyak perempuan…bunga tak sekuntum bro..haha

      Reply
    4. zik says:
      Sunday 18/07/2010 at 04:10

      wah semoga berjaya omar… :-)

      Reply
    5. jija says:
      Thursday 22/07/2010 at 19:35

      ooohhhh. sesat -.-” kampus ni memang besar

      Reply
    6. Faiz_192 says:
      Monday 26/07/2010 at 23:28

      Hmmm¿¿¿ ™ rindu nak jadi bdk sekolah…. tp, perjuangan harus diteruskan…

      Reply

    Hantarkan maklumbalas anda...

    Click here to cancel reply.

    Nota: Komen anda mungkin mengambil masa sehingga 24 jam sebelum dibalas atau dipaparkan di laman blog ini.

    Mencari Sesuatu?

    Senarai Entri Arkib

    • January 2012
    • December 2011
    • November 2011
    • October 2011
    • September 2011
    • August 2011
    • July 2011
    • June 2011
    • May 2011
    • April 2011
    • March 2011
    • February 2011
    • January 2011
    • December 2010
    • November 2010
    • October 2010
    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010

    Komen Terkini

    • nizamghazi on Baucar Buku 1Malaysia
    • azrai on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on HUBUNGI
    • Omar on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011

    Kategori Entri

    Blog dikuasakan oleh Wordpress, tema Jide Freshy 2, jalur lebar TM Unifi, P1 4G, serta sirap limau dan nasi kandar Line Clear | Paparan Mudah-Alih