Omar.my

Sesuatu yang perlu dikongsikan bersama
    • UTAMA
    • PENULIS
      • IT DAN KEHIDUPAN
      • PORTFOLIO
    • LINK EXCHANGE
    • HUBUNGI

    Kehidupan dulu dan kini

    Artikel ini ditulis pada Friday 23/07/2010 (22:04) dan telah dibaca sebanyak 1,250 kali.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini merupakan minggu ke-empat aku di perantauan (negeri orang ler) dan sudah lebih kurang dua kali aku balik ke rumah di Shah Alam. 4 minggu yang aku rasa penuh dengan pelbagai cabaran terutama bagi aku yang merupakan kali pertama hidup berjauhan dengan keluarga sendiri. Walaupun bak kata kawan aku, jarak relatif Segamat ke Shah Alam tu hanya lebih kurang 4 jam perjalanan (RM 23.60 jika menaiki komuter), tapi kalau aku balik setiap minggu, tak mustahil poket aku hanya tinggal habuk.. bayangkanlah keadaan ini kalau aku dah kena status Non-Resident nanti agaknya..

    Jadi, terus terang, kalau tengok tajuk pun, aku rasa korang dah boleh agak apa yang aku nak cerita. Sebenarnya, terus terang entri ini aku nak khususkan kepada pelajar-pelajar yang masih bersekolah. Kenapa? Sebab masuk semalam sahaja, dah kali ke berapa ribu aku dengan keluhan dan rungutan budak-budak sekolah mengenai lambakan tugasan yang diberikan oleh guru-guru mereka terutama untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini dan beberapa pekara lain lagi.. Kepada kawan-kawan yang rasa ada point lagi, kalo nak tambah, silakan isi di ruangan komentar ek..

    So, jom bandingkan rungutan budak-budak sekolah ni dengan pengalaman aku sebagai pelajar universiti sekarang nih.

    TUGASAN OH! TUGASAN

    Jika disekolah, Benda ni paling simple, time nak exam mesti cikgu-cikgu akan bagi tugasan folio kepada pelajar mereka. Jangan tipu la kalau korang (pelajar sekolah)kata korang tak pernah merungut jika kerja yang diberikan itu berlambak. Korang sepatutnya kena bersyukur sebab korang mempunyai time-frame yang panjang. 1 sesi persekolahan bersamaan dengan lebih kurang 244 hari, so for sure cikgu-cikgu akan meletakkan deadline yang panjang untuk setiap tugasan. Sbg contoh, folio KGT yang perlu dihantar pada bulan Julai dah diberitahu pada penghujung Februari. So, korang mempunyai masa yang cukup lama nak buat, lain la korang spiesis suka buat kerja last minute (ini tak termasuk yang suka print last minute).

    Tapi diuniversiti kini, melaksanakan tugasan adalah hobi korang. Sebab apa? Setiap subjek yang korang daftarkan akan diberi tugasan. Tugasan camana tuh? Bergantung kepada fakulti korang ler. Yang pasti, folio, artikel, presentation, projek-mini, projek akhir, tasmik dan hafazan serta analisis akan korang lakukan. Tempoh yang diberikan selalunya lebih kurang sebulan sahaja. Mestilah, memandangkan 1 semester bersamaan dengan 5-6 bulan sahaja. Jadi kalau korang buat last minute jugak, memang tak tido malam la jawabnya. Hipotesisnya disini, semakin sikit baki tempoh semester, semakin banyak la kerja yang akan diberi.

    PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

    Time sekolah, peperiksaan merupakan benda biasa, dari darjah 1 sampai tingkatan 6, kita dah didedahkan pasal peperiksaan. Kekadang tu, kita sampai boleh take-advantage untuk peperiksaan tu, sebagai contoh kalau ko dah baik dengan cikgu BM, dan cikgu BM tu pulak yang tanda kertas ko, mesti la dia ada simpati sikit kat ko. Tak kurang jugak, ada student termasuk aku dahulu, mengeluh dengan kewujudan peperiksaan semacam PMR dan SPM (lagi la..) dan subjek-subjeknya yang langsung takde belas kasihan, tapi kalau korang imbas balik, korang hanya menghadapi 3 kali peperiksaan utama, UPSR, PMR, dan SPM. Walaupun korang gagal peperiksaan ini (kecuali SPM), korang still boleh melaksanakan kenaikan gred/tingkatan.

    Tapi di universiti, setiap bulan adalah bulan peperiksaan. Bukan maksud aku, bukan lah setiap bulan tu ada jer exam, tapi maksud aku, setiap bulan yang korang pelajari, akan ada 1 kuiz bulanan. Markah kuiz tersebut akan dibawa sebagai markah tambahan untuk peperiksaan akhir semester. Jadi kalau kuiz korang dapat 2-3 markah jer, camana lah nak tampung markah semester akhir korang sekiranya markah tersebut dibawah paras lulus. Maunya korang tak kena repeat subjek tersebut. Em, sebut pasal repeat, zaman u nanti, kalau korang gagal peperiksaan, memang korang kena ambik balik paper tu untuk semester seterusnya dan lebih malang, mungkin status korang sebagai pelajar akan dihentikan atau korang tak konvokesyen pada masa yang tepat.

    Apa maksud tidak konvokesyen pada masa yang tepat? Sebagai contoh sesebuah kursus itu mempunyai tempoh pengajian 5 semester (Jul’10-Nov’12) tapi disebabkan ada paper yang sangkut, terpaksalah konvokesyen pada 1 atau 2 semester akan datang. Tapi, jarang la berlaku kes macam ni.

    BUAT SENDIRI

    Kalau time sekolah, korang tentu pasti yang yuran pengajian, pendaftaran peperiksaan, NILAM, dan aktiviti kokurikulum dilaksanakan oleh guru kelas dan guru data, tapi kat universiti nanti, korang jangan harap la ada orang nak buatkan untuk korang, Dari proses bayaran yuran pengajian sebelum hari pendaftaran sehinggalah semakan maklumat dan buku konvokesyen, semuanya korang kena lakukan sendiri bersama kawan-kawan (kalau dapat kawan yang boleh bagi kerjasama la.) Sekiranya korang terlepas sesuatu yang penting (terutama yang berkaitan dengan akademik dan program pengajian, kalau bab-bab lain tu seperti kolej kediaman, persatuan, program universiti aku rasa boleh consider lagi kot), memang agak menyusahkan diri korang ler.

    I LOVE YOU DAN KEKANGAN MASA

    Di sekolah, mungkin aku rasa korang mempunyai masa nak bercengkerama disana-sini, al-maklumlah waktu rehat, waktu library, waktu balik, waktu kelas tambahan malahan waktu kokurikulum pun boleh dijadikan waktu berdating, tapi bagi aku, kalau korang kat universiti (aku tak tau la camana orang lain, tapi ni pendapat aku la), nampak susah jer nak bercintan-cintun ni, kekangan masa teramatlah ketat, kekadang tu dari pagi sampai ke pagi balik baru korang masuk bilik/pangsapuri pelajar.Tu belum masuk lagi masa yang nak buat assignment yang terbengkalai (jika ada).

    Walaubagaimanapun, kenyataan berkaitan cinta-cinta ni, bukan dibawah bidang aku, maybe sebab aku tak pernah ada pengalaman dan juga berdasarkan cerita-cerita dari rakan-rakan, jadi aku mengandaikan bahawa setiap orang mungkin ada priority dan kelapangan masa yang berbeza.

    PROGRAM

    Yang ni pulak aku tak tahu nak terangkan camana, tapi senang citer aku terangkan camni jer. Korang pasti tahu program-program yang dianjurkan disekolah seperti Maal Hijrah, Sukan Kolej Kediaman/Pangsapuri Pelajar,  Majlis Tautan Ukhwah Pelajar, Majlis Ihya’ Ramadan dan lain-lain lagi, mesti diantara korang yang pernah tak hadir tanpa sebab kan? Kalau ko kat universiti, korang boleh terus amalkan untuk tak hadir majlis-majlis tu (termasuk aku yang kekadang ada urusan diwaktu-waktu tersebut), tapi ada akibatnya. Kemungkinan besar nama korang akan dikeluarkan dari senarai pelajar kolej kediaman untuk semester seterusnya. So, once nama dah takde dalam senarai, sampai konvo la korang kena menyewa rumah diluar kampus.

    Menyewa luar kampus yang juga diistilahkan sebagai Non-Resident (NR) ni aku tak tau la nak istilahkan baik atau tidak. Ada pelajar kata baik, ada yang kata tidak. Bergantunglah kepada diri masing-masing.

    Jadi, buat pelajar-pelajar sekolah yang membaca entri ini, aku harap korang nikmatilah waktu persekolahan korang dan dalam masa yang sama janganlah mengabaikan akademik korang. Sesungguhnya bak kata kawan aku, zaman persekolahan merupakan zaman yang menyeronokkan.

    p/s: Penulis merupakan seorang pelajar di Universiti Teknologi MARA. Sekiranya ada situasi yang didalam blog ini bertentangan dengan sistem pentadbiran universiti-universiti lain, harap dimaafkan.
    Related Posts with Thumbnails

    Jika anda rasa entri blog ini menarik dan berguna? Sila klik "Like" atau +1

    Tag
    cinta kampus, kehidupan semester satu, ponteng kelas uitm, siswa-siswi uitm, uitm shah alam

    « Kehidupan di UiTM – Dua minggu berlalu Selamat Berpuasa 2010 »

    Maklumbalas pembaca mengenai isu yang ditulis pada entri ini...

      Sebanyak 2 maklumbalas telah direkodkan.
    1. Frantz-Senpai says:
      Saturday 07/08/2010 at 14:59

      aduh, susah jugak ya nak jadik orang yang dah belajar dekat U ni. Tapi takper la, dah besar panjang, takkan tak tahan lasak kot dengan segala macam ujian ni. Cuba bayangkan kalau kerajaan apply sistem pembelajaran di U sama dengan di sekolah menengah, mne ader adil kan.

      Cukup la dengan apa yang kerajaan tentukan. Untuk bab kekangan masa tuh, aku rasa perlu untuk halang orang daripada bercinta, sebab kalau tak ada cinta, maka tak ada la status bayi luar nikah @ bayi tong sampah, yang nampaknya mcm dah menjadi2 kat negara kita nie

      Reply
    2. faiz_192 says:
      Sunday 08/08/2010 at 15:29

      Hmmm??? betul tu… rindu zaman sekolah dulu…. aku kat matrix nie, tiap minggu ada kuiz. assignment, lab report…. klu x wat betul2, carry marks utk final exam ciput laa…. .: nikmatilah zaman persekolahan anda….

      Reply

    Hantarkan maklumbalas anda...

    Click here to cancel reply.

    Nota: Komen anda mungkin mengambil masa sehingga 24 jam sebelum dibalas atau dipaparkan di laman blog ini.

    Mencari Sesuatu?

    Senarai Entri Arkib

    • January 2012
    • December 2011
    • November 2011
    • October 2011
    • September 2011
    • August 2011
    • July 2011
    • June 2011
    • May 2011
    • April 2011
    • March 2011
    • February 2011
    • January 2011
    • December 2010
    • November 2010
    • October 2010
    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010

    Komen Terkini

    • nizamghazi on Baucar Buku 1Malaysia
    • azrai on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on HUBUNGI
    • Omar on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011

    Kategori Entri

    Blog dikuasakan oleh Wordpress, tema Jide Freshy 2, jalur lebar TM Unifi, P1 4G, serta sirap limau dan nasi kandar Line Clear | Paparan Mudah-Alih