Masalah dengan Expression Web 4
Artikel ini ditulis pada Friday 13/08/2010 (01:53) dan telah dibaca sebanyak 338 kali.Assalamualaikum w.b.t, entri kali ini berkisarkan tentang perisian pembangunan laman web. Hampir sebulan gak la aku tak update pasal experience aku pasal IT ni. Baiklah, sebagai mukaddimah, aku ceritakan sedikit apa itu Microsoft Expression Web. Korang tahu tak apa benda ni? Kalau dah tahu, bagus la. Kalau belum, jom kita baca sesama. Microsoft Expression Web merupakan sebuah perisian editor laman web WYSIWYG yang dibangunkan oleh Microsoft melalui suite Microsoft Expression Studio. Perisian ini juga adalah pengganti kepada Microsoft Frontpage yang juga merupakan perisian editor web. Berbeza dengan Adobe Dreamweaver, MS Expression lebih mengutamakan bahasa ASP.NET dalam pembangunan laman web.
Microsoft Expression kali pertama dilepaskan pada tahun 2007. Selang beberapat tahun kemudian, muncul Microsoft Expression 2, Microsoft Expression Studio 3 dan yang terkini pada 2010, Microsoft Expression Studio 4. Microsoft Expression Studio dijual kepada pengguna baru dengan harga RM 1900 dan juga ditawarkan secara percuma untuk semua pelajar yang mengikuti program Dreamspark (seperti aku. Kalau korang nak ID Dreamspark, sila hantar mesej kat Facebook aku yer..).
So, dipendekkan cerita. Sementara menunggu waktu sahur dan menyiapkan assignment sesambil mendengar lagu raya dendangan Aman Shah, aku pun login ke Microsoft Student Portal dan memuat turun la program tu. Masa diambil lebih kurang 2 jam kerana menggunakan Web Downloader Java yang dipasang oleh Microsoft;
So, sekarang aku nak cerita pasal masalah pelik software version 4 ni. Selesai sahaja menunggu dan fail telah berjaya dimuat turun dengan selamat. Aku apa lagi, terus la mengekstrak fail ISO menggunakan WinRar dan meneruskan kepada pemasangan sistem. Perisian tersebut berjaya dipasang. Disebabkan aku hanya menggunakan Expression Web dan Expression Encoder, perisian yang lain aku abaikan jer la.
Selesai sahaja pemasangan, aku terus klik pada Start orb dan memilih Microsoft Expression Encoder. Alhamdullilah, langsung takde masalah. Aku teruskan lagi untuk mencuba perisian Microsoft Expression Web. Tetiba keluar pulak cam kat bawah ni:

Wah. Amat memelikkan betul. Disebabkan pada waktu itu, mata aku pun dah nak tido, jadi aku malas fikir panjang. Terus tutup dan tidor la. Selepas sahur, aku meneruskan lagi benda ni. Aku mencuba cara-cara yang biasa iaitu, compatibility, dan yang membuahkan hasil adalah dengan pause protection Kaspersky Internet Security 2011 aku. Erk, dah la computer ni connect dengan Internet, tetiba kena padam Antivirus, lagi la mati.
Jadi, aku terpaksa memutuskan sambungan di Internet. Setelah menggodek-godek perisian tersebut dan mengetahui sedikit sebanyak kelainannya, aku meneruskan kajian kenapa berlakunya error. Sehinggalah di sebuah forum Microsoft Connect. Jawapan untuk masalah aku, Microsoft Expression Web 4 didatangkan dengan pek Javascript extension. Pek tersebutlah disekat oleh Kaspersky daripada di-runkan, dan for sure sekaligus menyebabkan berlakunya error.
Nak tahu apa penyelesaiaan terbaik? Korang follow ni:
- Klik pada Computer dan pilih cakera pemasangan.
- Cari Program File (atau Program File x86).
- Cari Microsoft Expression dan pilih folder Web 4.
- Pilih folder en. Kemudian, cari dan pilih folder Extensions.
- Hapuskan folder motw dan symbol.
Sebaik sahaja langkah diatas selesai. Cuba runkan semula Microsoft Expression Web 4. Lihat, tiada masalah bukan? Jadi, semoga menjadi web designer yang berjaya.
Sekian, terima kasih dan Salam Ramadhan.

