Omar.my

Sesuatu yang perlu dikongsikan bersama
    • UTAMA
    • PENULIS
      • IT DAN KEHIDUPAN
      • PORTFOLIO
    • LINK EXCHANGE
    • HUBUNGI

    Dendang Perantau – Epilog di hujung Ramadan

    Artikel ini ditulis pada Friday 03/09/2010 (00:07) dan telah dibaca sebanyak 201 kali.

    Assalamualaikum dan selamat bersahur aku ucapkan kerana entri ini ditulis pada waktu 11 malam. Sedar tak sedar, dah hampir sebulan jugalah kita sebagai umat Islam menjalankan ibadah puasa, dan aku pasti, ada diantara kita yang perasan bahawa hampir seminggu lagi kita akan menyambut hari raya Aidiliftiri. Kebanyakkan orang kini sudah tentu melaksanakan persediaan yang best-best untuk menyambut lebaran.  Dalam kesibukan ktia meraikan hari lebaran yang bakal menjelma, suka diingatkan agar kita janganlah alpa dan leka dengan kemeriahan dan berbelanja berlebih-lebihan ya.Btw, entri ini adalah pasal aku lagi (mesti boring kan… haha) dan juga merupakan entri penutup kisah ramadan aku di universiti..al-maklumlah, first time kan berada di perantauan..haha, so tak kisah la korang nak baca atau nak abaikan. Semasa aku menulis entri ini, keadaan di kampus sudah mula lenggang, masakan tidak hampir 50 peratus pelajar tidak termasuk yang mendiami diluar kampus secara NR telah pulang ke rumah masing-masing. Yang kedengaran hanyalah lagu-lagu raya dan kelihatan juga beberapa pelajar yang study untuk ujian-ujian yang berkenaan. Apa yang pasti, semua pelajar semester satu tak balik lagi sebab ada ujian Bahasa Inggeris, kesian kan? Haha…

    RAMADAN KALI INI

    Mengimbau kembali kenangan sepanjang bulan Ramadan tahun ini, setakat artikel ini ditulis.. Alhamdullilah, ibadah puasa masih lagi penuh walaupun terdapat berbagai jenis dugaan yang melanda, terutama tatkala pabila aku balik ke Shah Alam setiap minggu sepanjang bulan Ramadan ini. Jika turun sahaja di KL Sentral, rasanya tak apa.. tapi kalau turun Hentian Sementara Bukit Jalil, terpaksalah menapak hampir beberapa km sebelum sampai ke Stesen Tren STAR (kini RapidKL).

    Selain itu, dipertengahan Ramadan, kelihatan suasana raya di UiTM, pelita-pelita dipasang di setiap sektor kediaman, pintu masuk, malah tak kurang juga kemeriahan bunyi bom-bom (mercun) yang memecah kesunyian pada waktu berbuka dan sahur. Frankly, aku jarang bersahur kat sini. Makan terakhir pada jam 2 pagi itu adalah sahur aku. Paling kerap bersahur adalah juadah mi segera maggi yang dibeli di bilik rakan. Manakala, waktu berbuka, seperti kebiasaan ialah bertandang ke Bazaar Ramadhan yang terletak dihadapan UiTM ni. Cumanya kali ini nafsu kena kontrol la, memandangkan perbelanjaan ditanggung sendiri..haha

    Minggu lepas, trip ke bandaraya Kuala Lumpur direalisasikan oleh rakan-rakan bilik yang juga merupakan senior-senior aku. Shopping sakan tengok. Sanggup ke pasar Chow Kit, Masjid Jamek, dan Jalan TAR semata-mata nak bershopping-mopping raya. Aku seperti kebiasaan, malam raya pun kekadang lepak jugak kat Jalan TAR, tapi memang macam sardin la tempat tu. Sibuk giler. Apakan daya, nak diskaun punya pasal. Kekadang, kalau dah sampai pulul 3 pagi, korang boleh dapat Baju Melayu atau Baju Kurung dengan harga RM 30 sepasang. Murah kan?

    Dengan mood raya yang semakin menebal, tetiba boleh ada pulak ujian-ujian akademik. Hal-hal ujian ni bagi aku bukanlah menjadi suatu beban, kalau lewat bangun, masih boleh call pensyarah, amik sekali lagi, tapi yang menjadi masalah ialah, waktu ujian tersebut dijalankan. Tak terkecuali, semasa aku menaip entri ni, esok aku ada ujian pendengaran Bahasa Inggeris (pelajar semester 1 sahaja). Mesti ramai yang tension.. kan?

    Takpe, study punya hal..(walaupun dalam hati rasa takbest jer tengok orang berduyun-duyun bawak beg besar keluar UiTM).  Baiklah, aku nak kemas barang-barang nih, aku perasan yang meja-meja dalam bilik ni semuanya bersih dan kemas, cam dah hujung semester pulak aku rasa. Siap la esok, memandangkan duit aku buatkan assignment ijazah pun dah selamat diterima kedalam akaun maybank, so boleh la shopping sakan esok..haha

    Akhir kata, sesiapa yang mengenali diri, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, kenanglah daku tatkala makan lemang dan bahulu serta dodol..muahaha… kepada yang bakal pulang beraya esok, semoga selamat sampai ke destinasi dan pastikan korang sentiasa membawa tiket sebelum berlepas ke stesen bas atau KTM.

    Sesiapa yang tak sempat beli tiket lagi, aku tak tahu nak cakap apa.. mungkin korang boleh beli online sebab aku tengok kat website Transnasional, tiket masih banyak dan korang hanya perlu cari seseorang yang menggunakan kad kredit/debit dari Maybank atau yang mempunyai Maybank2u.com.

    Selamat Hari Raya!!

    p.s: Untuk jadual perjalanan dan tiket, sila rujuk laman-laman berkaitan KTM Intercity atau Transnasional Berhad.

    Related Posts with Thumbnails

    Jika anda rasa entri blog ini menarik dan berguna? Sila klik "Like" atau +1

    Tag
    balik raya uitm, bazar ramadan uitm, jadual cuti semester uitm, peperiksaan semester 1 uitm

    « Masalah dengan Expression Web 4 11 September dan rancangan bakar Al-Quran »

    Hantarkan maklumbalas anda...

    Click here to cancel reply.

    Nota: Komen anda mungkin mengambil masa sehingga 24 jam sebelum dibalas atau dipaparkan di laman blog ini.

    Mencari Sesuatu?

    Senarai Entri Arkib

    • January 2012
    • December 2011
    • November 2011
    • October 2011
    • September 2011
    • August 2011
    • July 2011
    • June 2011
    • May 2011
    • April 2011
    • March 2011
    • February 2011
    • January 2011
    • December 2010
    • November 2010
    • October 2010
    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010

    Komen Terkini

    • nizamghazi on Baucar Buku 1Malaysia
    • azrai on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2
    • Omar on HUBUNGI
    • Omar on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011

    Kategori Entri

    Blog dikuasakan oleh Wordpress, tema Jide Freshy 2, jalur lebar TM Unifi, P1 4G, serta sirap limau dan nasi kandar Line Clear | Paparan Mudah-Alih