Omar.my

Sesuatu yang perlu dikongsikan bersama
    • UTAMA
    • PENULIS
      • IT DAN KEHIDUPAN
      • PORTFOLIO
    • LINK EXCHANGE
    • HUBUNGI

    Akta Badan Pengkomputeran Professional 2011

    Artikel ini ditulis pada Friday 09/12/2011 (01:18) dan telah dibaca sebanyak 2,495 kali.

     Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan dunia teknologi maklumat dan komunikasi yang bergerak pantas di Malaysia hari ini, kerajaan Malaysia melalui MOSTI telah bertindak dengan menubuhkan akta baharu yang lebih memfokuskan kepada konsep professionalisme IT yang dinamakan sebagai Akta Badan Pengkomputeran Professional (CPB) 2011. Menariknya, dengan penggubalan akta ini, ianya secara langsung meletakkan dunia teknologi maklumat setaraf dengan bidang-bidang lain yang mempunyai badan professionalisme mereka sendiri seperti perundangan, kewangan, doktor dan lain-lain golongan pekerjaan professional di Malaysia.

    Walaupun penubuhan akta ini melalui MOSTI masih belum disuarakan di sidang parlimen, beberapa isu sudah mula kedengaran antaranya termasuklah kebimbangan sesetengah pihak bahawa perlunya segulung Ijazah bagi mencari sesuap nasi dalam bidang IT ini.

    Sedikit pandangan pertama dari draft yang tersebar di Internet, CPB 2011 boleh diringkaskan sebagai sebuah akta yang digubal untuk mendaftarkan pelatih sektor pengkomputeran, pakar teknologi maklumat, industri empunya tunggal serta badan dan rakan kongsi dibawah perkhidmatan pengkomputeran. CPB 2011 juga akan dikenali sebagai Akta Pengkomputeran Professional atau Computing Professional Act 2011

    Selain itu, dalam usaha untuk menjadikan industri IT di Malaysia sebaris dengan jawatan professional lain di Malaysia, beberapa bahagian dibawah akta CPB 2011 turut diperkenalkan didalam draft, antaranya termasuklah:

    • Prosedur dan Rangka Kerja “Badan”
    • Prosedur dan Pendaftaran Pelatih Pengkomputeran, Perkhidmatan Komputeran, dan Professional
    • Konsep Tatatertib dan Disiplin “Badan”
    • Tindakan Umum (“Badan”?)
    • Kewangan (“Badan”?)

    Disebabkan akta badan pengkomputeran professional ini merupakan sesuatu yang baharu, ramai yang beranggapan bahawa akta ini mungkin melumpuhkan idea MSC Malaysia dalam usaha untuk memacu ICT kebangsaan. Namun sejauh manakah dakwaan dan anggapan tersebut?

    Terlalu awal untuk berbicara mengenai isu ini dengan penuh emosi. Oleh yang demikian, satu edaran telah dikeluarkan oleh Bahagian Dasar ICT, MOSTI bagi menjawab persoalan dan spekulasi kebanyakan pihak terhadap akta ini. Bahagian Dasar ICT, MOSTI melalui surat tersebut menjemput orang ramai yang berkesempatan untuk ke Hari Terbuka MOSTI di Putrajaya pada 13 Disember 2011 ini.

    Entri di blog ini akan dikemaskini semula sebaik saya mendapatkan maklumat dan pandangan yang lebih jelas mengenai isu ini. Ini dilakukan bagi mengelakkan false info. Walaubagaimanapun, di bawah merupakan beberapa topik menarik yang saya kongsikan kepada pembaca mengenai CPB2011 ini.

    Spekulasi dan Persoalan CBP2011

    1. Adakah akan wujud title bagi mereka yang bekerja dalam professional IT seperti Dr atau Ir?
    2. Apakah yang akan berlaku kepada infrastruktur IT kebangsaan bila konsep ini dikeluarkan?
    3. Adakah akta ini akan mewajibkan pendidikan tertiary dan memperoleh kelayakan tertinggi sebelum boleh bekerja?
    4. Adakah akta ini sekadar ura-ura sahaja politik sahaja?
    5. Adakah pakar-pakar OSS, Rangkaian dan Pengaturcaraan yang tak habis belajar atau tak berpeluang menyambung pelajaran akan diabaikan sahaja?
    6. Tanpa pendaftaran, adakah saya tak boleh mengembangkan idea, jadi apakah pula kesan seperti startup ICT?
    7. Akta ini menyekat kreativiti dan inovasi?
    8. Adakah akta ini salah satu polemik untuk mengaut keuntungan atau pilihan raya? Huh?

    Kesan yang dijangka dari CBP2011?

    1. Tiada lagi freelance untuk komuniti.
    2. Individu yang tiada kelayakan atau kelulusan dalam bidang IT akan dipinggirkan.
    3. Meletakkan mereka yang belajar/kerja di sektor Computer Science dan IT setaraf dengan bidang-bidang professional lain.
    4. Mewajibkan pendaftaran dan segala prosedur bagi seseorang yang mempunyai kelulusan berkaitan sebelum bergiat dalam dunia IT.

    Itu antara hasil carian yang saya temui di Twitter. Kita tunggu dan lihat penerangan pada 13 Disember kelak. Pendapat saya, akta ini ada positif dan negatifnya.

    Akta Badan Pengkomputeran Professional CPB 2011 – Bahagian 1 Tamat (Jumaat, 09/12/11)

    Ringkasan Siaran Media

    Setelah beberapa hari isu ini tersebar di Internet dan pelbagai spekulasi dan andaian dikeluarkan, MOSTI melalui satu siaran media, telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini.

    Berikut merupakan ringkasan yang dapat difahami melalui satu siaran media yang dikeluarkan oleh MOSTI.

    1. Akta Badan Pengkomputeran Professional mewajibkan pendaftaran kepada mereka yang terlibat dalam Infrastruktur Maklumat Komputer Kebangsaan atau CNII.
    2. CPB2011 ini memerlukan mereka yang terlibat dengan CNII untuk mewajibkan pendaftaran kerana mereka secara langsung bertanggungjawab dalam menguruskan fungsi, aset dan maklumat yang menjadi tunjang kepada transformasi negara
    3. Siapakah mereka yang dimaksudkan? Mereka yang terlibat dalam CNII adalah mereka yang telah dimaklumkan Chief Government Security Office atau CGSO.
    4. Pendaftaran untuk CPB2011 bukan sahaja dipertimbangkan untuk mereka yang berkelulusan dalam bidang pengkomputeran (Infosys, CS, etc) tetapi juga dari bidang perkomputeran yang lebih spesifik

    Selain itu MOSTI juga turut menerangkan mengapa Akta Badan Pengkomputeran Professional ini penting, dan dibawah ini adalah maklumat yang saya perolehi:

    1. Menaik taraf pengiktirafan mutu para pekerja yang berkhidmat di sektor pengkomputeran kerana pendaftaran individu mewajibkan seseorang itu mempunyai kelayakan minimum dan pengalaman di sektor pengkomputeran.
    2. Menaik taraf piawai professional dengan memelihara kod dan etika professional.
    3. Memastikan jaminan kualiti seseorang individu yang bekerja dengan sektor pengkomputeran professional.
    4. Menaik taraf sokongan dan kuantiti mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang pengkomputeran di Malaysia khususnya bagi membantu kerajaan dalam merealisasikan model ekonomi baru (NEM) dan menuju kearah negara berpendapatan tinggi.
    5. CBP2011 akan menjadi suatu piawai bersepadu untuk pakar komputeran professional di Malaysia

    Turut sama, CBP 2011 dijangka dapat membantu memastikan perkhidmatan pengkomputeran yang disediakan oleh CBP2011 / BCMP 2011 supaya lebih diiktiraf dan berkelas global.

    Apa yang dapat disimpulkan disini, CBP2011 mungkin dapat dilihat membawa perubahan besar dalam sektor pengkomputeran awam khususnya dalam meningkatkan mutu infrastruktur teknologi maklumat kebangsaan. Last but not least, Harapan saya sebagai seorang rakyat Malaysia, agar dengan kewujudan CBP2011 yang dijangka menjadi kayu pengukur dan pengiktirafan kelulusan terhadap individu yang berdaftar dengannya, Malaysia ICT infrastrucutre will be embark to the whole new level.

    Akta Badan Pengkomputeran Professional CPB 2011 – Bahagian 2 Tamat (Ahad, 11/12/11)
    Related Posts with Thumbnails

    Jika anda rasa entri blog ini menarik dan berguna? Sila klik "Like" atau +1

    Tag
    akta pengkomputeran professional, CPB2011, kerjaya professional, malaysia computing professional bill, MSC Malaysia Flagship Application

    « Sukarkah Sains Komputer? Sekitar Microsoft TechDay Malaysia – UREKA Day »

    Maklumbalas pembaca mengenai isu yang ditulis pada entri ini...

      Sebanyak 8 maklumbalas telah direkodkan.
    1. wan says:
      Saturday 10/12/2011 at 08:10

      Salam,

      Satu ulasan yang baik. Cuma, saya kurang setuju jika dikatakan tiada lagi freelance. Konsep BCP adalah menyamai BEM utk jurutera. Kontraktor kecil-kecilan (hatta Indon) pun masih boleh melakukan bisnes spt biasa. Cuma, utk projek besar yg melibatkan kepentingan umum atau dana awam, mesti dilakukan oleh mereka yg berdaftar dgn BCP. Ini boleh sedikit sebanyak mengawal kualiti dan menjaga nama profesion berkaitan computing (software engineer, programmer, system analyst, etc.).

      Reply
      • Omar says:
        Sunday 11/12/2011 at 21:29

        Setuju dengan komen diatas.

        CBP2011 ini hanya untuk kepentingan umum dan dana awam, yang mana menurut MOSTI, mereka yang terlibat dengan CNII jer akan perlu berdaftar.

        Reply
    2. Aizan Fahri says:
      Saturday 10/12/2011 at 15:53

      aku dipengaruhi oleh pendapat negatif…. so, aku tak suka dengan #cpb2011 ni.. melainkan~

      -kos untuk mendapatkan title berpatutan
      -pengalaman turut di ambil kira memandangkan otai IT tak semua ada degree Comp. Sc.
      -portfolio / hasil kerja dinilai

      kalau tak, lepas ni nak tweet pun kne ada lesen professional

      Reply
      • Omar says:
        Sunday 11/12/2011 at 21:28

        Haha. Takpe, tak semua terlibat pun.
        Yang kerja bahagian CNII jer.

        Reply
    3. Aiman X Kisah says:
      Sunday 11/12/2011 at 23:35

      Sepatutnya dah lama ada kot CBP ni…dah bnyk sgt projek ICT gomen & berkaitan delay @ fail…sbb outsource pd yg xberkelayakan… kos pun meningkat… harap semua yg terbaik utk rakyat dan ICT practitioner..

      Reply
      • Omar says:
        Wednesday 14/12/2011 at 00:40

        Setuju dengan komen diatas :)

        Reply
    4. titan says:
      Tuesday 13/12/2011 at 14:10

      tunggu dan lihat aje. Kalau bagus, support. Tak bagus, aku buat derk je..

      Reply
    5. Zaini says:
      Wednesday 14/12/2011 at 23:35

      Ada akta boleh buat kawalan. Hanya layak je yang boleh. Memang bagus pun. Tetapi kalau ada undang-undang pun orang boleh langgar. Tak mustahil ada yang guna jalan bawah tanah nak bagi layak.

      Reply

    Hantarkan maklumbalas anda...

    Click here to cancel reply.

    Nota: Komen anda mungkin mengambil masa sehingga 24 jam sebelum dibalas atau dipaparkan di laman blog ini.

    UiTM Melaka ICE 2012

    Mencari Sesuatu?

    Senarai Entri Arkib

    • February 2012
    • January 2012
    • December 2011
    • November 2011
    • October 2011
    • September 2011
    • August 2011
    • July 2011
    • June 2011
    • May 2011
    • April 2011
    • March 2011
    • February 2011
    • January 2011
    • December 2010
    • November 2010
    • October 2010
    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010

    Komen Terkini

    • sally on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Hafiz on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011
    • Omar on IPT, Pra-Universiti atau Tingkatan 6?
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2

    Kategori Entri


    Blog dikuasakan oleh Wordpress, tema Jide Freshy 2, jalur lebar TM Unifi, P1 4G, serta sirap limau dan nasi kandar Line Clear | Paparan Mudah-Alih