Omar.my

Sesuatu yang perlu dikongsikan bersama
    • UTAMA
    • PENULIS
      • IT DAN KEHIDUPAN
      • PORTFOLIO
    • LINK EXCHANGE
    • HUBUNGI

    Sekitar Microsoft TechDay Malaysia – UREKA Day

    Artikel ini ditulis pada Sunday 18/12/2011 (18:30) dan telah dibaca sebanyak 493 kali.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 telah berlangsungnya Microsoft TechDay Malaysia yang lebih dikenali sebagai UReka Day yang bertempat di Microsoft Malaysia, KLCC. Aktiviti kali ini telah direalisasikan dengan jayanya oleh dua nama besar yang tak asing lagi dalam kalangan pengaturcara dan rekabentuk web, iaitu Microsoft Malaysia dan Sifoo. Seperti Joomla! Day 2011 yang berlangsung pada Julai lalu, artikel ini turut membawakan konsep yang sama iaitu sebagai medium perkongsian pengalaman dan juga pendapat aku mengenai aktiviti yang dijalankan.

    Pertama sekali, haruslah aku berterima kasih kepada team Sifoo kerana berjaya melaksanakan event ini dengan jayanya. Tak sesia rasanya aku join forumer korang (walaupun tak aktif sangat) sejak 2008 yang lalu. Event kali ini boleh dikatakan 95% amat membantu aku khususnya mengenali trend dan konsep baru dalam pembangunan aplikasi.

    UREKA Day dah dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi, tapi disebabkan aku menaiki KTM Komuter dan LRT, aku hanya tiba di Menara 2, KLCC pada jam 9.00 pagi bersama sama Najib dan Yusof Firdaus. Even dah lambat sejam pun, rupa-rupanya 8.30 – 9.45 adalah waktu breakfast dan registeration. Orang kata, musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Dah sampai tu, fuh.. tibai jer la nasi lemak yg ada.

    Okey, teruskan dengan event. Kenapa aku rasa UREKA ini best? Adakah sebab ianya free? Lunch KFC or tea-time bersama Cheese Cake dari Secret Recipe tu? Goodies Microsoft?

    Semua diatas adalah kurang tepat. Jawapannya sebab hampir 80% program yang dibincangkan ada kaitan dengan kerja-kerja aku. First, Metro UI yang sekarang ni menjadi trend dan konsep minimalist, kemudian ditambah pulak dengan pembangunan Windows Phone 7 yang memang sekarang ni aku tengah blur macam mana nak buat WP7 Apps tanpa HTC Mozart, ketiga dan ini amat best, HTML5. Even kawan aku pun kagum dengan presenter HTML5 tersebut. Hoho.. aku tak nak bertanggungjawab kalau-kalau Final Project semester ni dia hantar kat lecturer menggunakan konsep HTML5 tu. Yang terakhir adalah Windows Azure.

    Imbasan

    Secara peribadi, berikut adalah sedikit imbasan dan pendapat aku mengenai ilmu yang diturunkan sepanjang UREKA Day berlangsung.

    Sesi 1: Windows Phone 7 – Metro UI

    Memang terbaik since dah lama pun aku nak cari info pasal ini. Terutama kelebihan dia berbanding Aero dan Chrome concept. Dari apa yang diberitahu, Metro UI ni membawakan ciri-ciri simplicity (ini bukan produk kecantikan), sleek and modern design. Iyelah, dah tak nak design berserabut, blinking sana sini macam zaman XP dulu ye tak.

    Lagi satu, Metro UI juga diperkatakan mengutamakan konsep kandungan adalah raja yang mana ianya lebih memfokuskan kandungan berbanding UI sesuatu aplikasi tu. Cuba korang fikir, bayangkan aplikasi untuk kira tambang tiket komuter, penuh dengan blinking yang menyakitkan mata. Haha. Confirm fakap habis punya apps.

    Keseluruhan sesi ni memang best. Kalau satu hari discuss pasal ni, lagi best rasanya.

    Sesi 2: Rekabentuk dan Gaya melalui Web Matrix

    Web Matrix merupakan perisian nilai tambah dari Microsoft. Aku pun dah lama menggunakan benda ni sebabnya sesebuah apps itu khususnya yang menggunakan rangkakerja Net, boleh dipercepatkan proses pembangunannya. Tapi janganlah abaikan sampai takde planning, SWOT Analisys, DFD, ERD dan sebagainya.

    Yang paling menarik, masa presenter terangkan bagaimana coding sesebuah aplikasi tu diringkaskan menggunakan konsep Razor . Sebagai contoh, nak buat Facebook Like, just import pada library (programming habit) dan buat function call sahaja. Facebook.Fungsi(Parameter);

    Banyak lagi sebenarnya yang diajar. Tapi kang panjang pulak. Nanti kalau ada masa aku buatkan entri pasal benda ni.

    Sesi 3: HTML5 IE9

    Hypertext Markup Language version 5 merupakan format web baru. Hampir semua sekarang ni sibuk pasal benda ni. Kelebihannya? Korang tak perlukan aplikasi tambahan seperti Adobe Flash dan sebagainya untuk membolehkan sesebuah laman tu menjalankan fungsi basic seperti transisi, video, kanvas audio dan sebagainya. Iyerlah, kang Apple iOS camner nak main bukak site korang kalau semua Flash. So, disini HTML5 memang membantu sesangat!

    Pendek kata, ada sesi khas juga mengenai Internet Explorer 9, yang membandingkan render HTML5, Taskbar Pin, dan sebagainya. Time ni memang diorang cuba memarketkan IE9. Haha.

    Sesi 4: Windows Azure

    Ni sesi yang terakhir sebelum tea break yang best. Pengenalan kepada Windows Azure.

    Windows Azure ni memang menarik perhatian aku since aku noob lagi pasal-pasal cloud computing thn 2009 lalu. Bukan sebab nama dia dekat-dekat dengan nama Azura (siapakah?) or Azira (lagi la siapa?). Tapi pasal feature dia. Last-last, aku sign-up gak. Tapi tak faham sangat cara nak guna sehinggalah diterangkan oleh Mr. Fai dari Microsoft. Apapun, aku dah serasi menggunakan AWS dan rasanya cam susah nak kembali ke Windows Azure. Mungkin, next web apps atau komuniti projek aku akan gunakan Azure. Lagipun dah byk dah static file kat AWS (even kat blog ni pun guna AWS) tu yang payah nak migrate.

    Berbanding dengan event-event sebelum ini yang pernah aku sertai, UREKA Day boleh dikatakan agak kurang tetamunya. Maybe dalam 50 orang camtu. This is a good point since aku boleh interact more clearly dengan presenter. Takdelah segan sangat kalau-kalau nak tanya soalan tu.

    Peserta UREKA pulak, berapa kerat jer yang masih bergelar pelajar dalam tu, kebanyakan yang ada, semuanya dah bekerja. Ntah-ntah, aku rasa aku ngan Najib jer kot yang berumur belasan tahun dalam tu. Haha.

    Kesimpulan

    Kalau event ni movie, aku bagi 4.9 bintang untuk UREKA Day ni. Memandangkan minggu depan cuti mid-semester rasa selain revise buku-buku tu, aku nak try develop something dari apa yang aku telah pelajari di UREKA Day tu.Tungguuu.. Hehe~

    Akhir kata, event ini memang betul-betul bermanfaat dan aku pasti, kepada yang hadir, memang tak rugi menghabiskan hari weekend korang di UREKA Day 2011.

    Terima kasih juga kepada Yusof Firdaus kerana sudi hadir walaupun ko ada event Infosys di Intekma Resort, UITM Shah Alam dan buat Najib, semoga dapat memanfaatkan buku yang dibeli di Kinokuniya sebaik sahaja selesai event ni semalam. Hehe~

    Galeri Gambar

    Kepada mereka yang tak berkesempatan, dan kalau rasa-rasa nak cuci mata tengok gambar sekitar UREKA Day ni,boleh tengok dibawah ni. Klik gambar untuk saiz besar.

    Related Posts with Thumbnails

    Jika anda rasa entri blog ini menarik dan berguna? Sila klik "Like" atau +1

    Tag
    amazon web service, metro ui development, microsoft malaysia techday, rekabentuk web html5, ureka day, windows azure

    « Akta Badan Pengkomputeran Professional 2011 Selamat Datang 2012 »

    Maklumbalas pembaca mengenai isu yang ditulis pada entri ini...

      Sebanyak 6 maklumbalas telah direkodkan.
    1. titan says:
      Monday 19/12/2011 at 23:22

      wa…tak tahu plak ada hari macam ni ye..

      Reply
      • Omar says:
        Saturday 24/12/2011 at 03:13

        Haha. Mungkin sebab marketing kurang sikit kot. Microsoft pun tak promote la ni.. Haha~

        Reply
    2. hafidz says:
      Wednesday 21/12/2011 at 11:58

      mesti ada banyak tips terbaek dalam microsoft techday nih :D

      Reply
      • Omar says:
        Saturday 24/12/2011 at 03:12

        Itu sudah pasti. Hehe~

        Reply
    3. nizamghazi says:
      Sunday 25/12/2011 at 16:53

      Salam Omar.
      baru dapat tgok ko dalam gambar (segak dan nampak genius).
      Rasa macam rugi plak terlepas event yang penting macam ni.
      Bila sebut HTML5 memang rasa menggelupur sikit sbb dlm sibuk buat keje aku still
      study menda ni sendiri2. Sebab tak nafikan HTML5 boleh buat duit kalau ada kepakaran (Slamat tiggal flash)

      Apa2 pun dapat feel pengalaman yang menarik di sana bila baca.

      Reply
      • Omar says:
        Wednesday 28/12/2011 at 06:26

        Wa’alaikumsalam,

        Genius? Ada-ada jer la ko ni. Haha~
        Aku pun tengah study lagi HTML5 ni, sebab teknologi baru la katakan,
        lagipun cross-platform. Cuma kesian browser lama mungkin tak support, agak susah sikit kat situ.

        Takpe. InsyaAllah tahun depan jika ada lagi bolehlah join. Mungkin lagi menarik dari Metro UI ngan HTML5.
        Rajin-rajin subscribe newsletter Microsoft Malaysia. Haha.

        Reply

    Hantarkan maklumbalas anda...

    Click here to cancel reply.

    Nota: Komen anda mungkin mengambil masa sehingga 24 jam sebelum dibalas atau dipaparkan di laman blog ini.

    UiTM Melaka ICE 2012

    Mencari Sesuatu?

    Senarai Entri Arkib

    • February 2012
    • January 2012
    • December 2011
    • November 2011
    • October 2011
    • September 2011
    • August 2011
    • July 2011
    • June 2011
    • May 2011
    • April 2011
    • March 2011
    • February 2011
    • January 2011
    • December 2010
    • November 2010
    • October 2010
    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010

    Komen Terkini

    • sally on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Hafiz on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011
    • Omar on IPT, Pra-Universiti atau Tingkatan 6?
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2

    Kategori Entri


    Blog dikuasakan oleh Wordpress, tema Jide Freshy 2, jalur lebar TM Unifi, P1 4G, serta sirap limau dan nasi kandar Line Clear | Paparan Mudah-Alih