Omar.my

Sesuatu yang perlu dikongsikan bersama
    • UTAMA
    • PENULIS
      • IT DAN KEHIDUPAN
      • PORTFOLIO
    • LINK EXCHANGE
    • HUBUNGI

    Baucar Buku 1Malaysia

    Artikel ini ditulis pada Sunday 15/01/2012 (23:01) dan telah dibaca sebanyak 7,925 kali.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti yang kita sedia maklum Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah mengumumkan pengagihan baucar buku untuk semua pelajar IPT pada  dengan peruntukan RM 260 juta yang mensasarkan 1.3 juta pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia.  Baucar kertas tersebut diagihkan dalam bentuk RM 50 setiap keping dan setiap pelajar hanya akan mendapat 4 keping sahaja. Alhamdullilah, setelah 3 bulan menanti, pada hari Rabu yang lepas, saya dah pun berjaya menuntut baucar tersebut di Pejabat Bendahari UiTM.

    Bagi pelajar UiTM khusunya, untuk mendapatkan baucar tersebut, hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan kad pengenalan. Sekiranya kad pelajar korang rosak, nak tak nak kenalah pergi buat kad baru. Keluarkan RM 30 dan dapat RM 200, ok la tu. Then, pergi ke pejabat bendahari untuk tebus baucar korang. Siap!

    Walaubagaimanapun, sehingga kini terdapat beberapa isu yang masih lagi dan kontroversi, aku malas nak sentuh sangat tapi yang aku dengar-dengar, ada yang kata masa nak ambil baucar tu kena pakai formal dan yang siswi UiTM pulak kena pakai baju kurung warna merah. Apakah? Dekat sini selamba jer student ambil. Bawa MyKAD dan kad matrik jer.

    Untuk makluman, baucar yang boleh digunakan sehingga 31 Mac 2011 tidak boleh digunakan untuk dapatkan baucar tunai atau menjual baucar untuk mendapatkan tunai. Semua pun tahu baucar bantuan kerajaan ni tak boleh nak ditukar kepada tunai, mean korang kena beli buku. Jangan pulak ngat baucar buku 1 Malaysia ni sama dengan Baucar Rakyat 1 Malaysia yang kena tukar kat bank untuk ambil duit tunai sebanyak RM 500 tu.

    Hehe. Tapi, seperti biasa, student di Malaysia ni agak pandai, jadi telah terdapat isu yang mana baucar RM 200 ditukar kepada wang kertas RM 150.  Hoho. Apapun, itu hak masing-masing.

    Seterusnya, kedai buku yang menerima baucar tu, untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang kurang menyenangkan bila korang nak bayar, sebaik sahaja korang nak membeli buku di kedai-kedai buku menggunakan baucar tersebut, eloklah kiranya korang pergi tanya dekat cashier tu dulu samada dia terima atau tak baucar tu. Jangan nanti main terjah jer, then bila nak bayar, cashier tu buat muka terkejut. *Facepalm*

    Setakat ni, bagi kawasan Kuala Lumpur, beberapa kedai buku ternama menerima baucar tersebut antaranya termasuklah MPH Bookstore, Popular, dan BORDERS dan Kinokuniya Bookstore Suria KLCC. Pastikan anda membawa Kad Pelajar dan Kad Pengenalan bagi proses pengesahan semasa proses pembayaran menggunakan baucar tersebut.

    Selain itu juga, tahukah korang, selain dari membeli buku-buku akademik, korang jugak boleh membeli sebarang buku yang korang minat, contohnya kalau korang ni student Computer Science tapi korang minat memasak, mungkin boleh la korang beli buku-buku resepi, novel (seperti Gemersik Kalbu mahupun Ombak Rindu; apakah?) dan juga buku-buku rujukan keagamaan lain.

    Akan tetapi, menurut maklumat yang saya temui, korang tak boleh menggunakan baucar tersebut untuk membeli majalah, peralatan elektronik dan sebagainya. Bukan apa, kang ada yang guna baucar tu untuk beli e-book Kindle.

    Oh ya, sila pastikan korang menjaga baucar yang diberikan dengan elok kerana baucar yang kembang disebabkan terkena air, koyak ataupun terlipat mungkin menyebabkan baucar korang tidak sah lagi. Selain itu, pastikan korang tak tersalah tulis nama dan nombor kad pengenalan (MyKAD) dalam ruangan yang tepat. Jika keadaan diatas berlaku, mungkin korang boleh mendapatkan baucar gantian. Itupun kalau boleh lah.

    Jika korang ni malas nak gi bookshop tapi tetap gak nak beli buku, tahukah korang bahawa Baucar Buku 1Malaysia boleh digunakan secara online di www.kedaibuku.com.my yang mana menawarkan perkhidmatan pembelian buku dengan amat berbaloi sekali. Yang penting, tanpa delivery charge.

    Baiklah, itu sahaja perkongsian untuk kali ini, siapa yang dah dapat tu, bolehlah pergi beli. Saya pun belum guna lagi dan baru cadang nak pergi pada hujung minggu ini. Harap-harap stok buku yang nak dibeli masih ada stok lah ya. Baucar dah selesai digunakan di Kinokuniya Bookstore, Suria KLCC tadi. Cukup-cukup RM 199.60 untuk 4 buah buku. Sekian.

    Gambar ehsan Kementerian Pengajian Tinggi dan Berita Harian
    Related Posts with Thumbnails

    Jika anda rasa entri blog ini menarik dan berguna? Sila klik "Like" atau +1

    Tag
    baucar buku 1malaysia online, cara tuntutan baucar buku, kedai buku menerima baucar, tempoh sah dan barangan beli baucar buku

    « Selamat Datang 2012 Lebih sebab untuk Nokia Lumia dengan Windows Phone »

    Maklumbalas pembaca mengenai isu yang ditulis pada entri ini...

      Sebanyak 22 maklumbalas telah direkodkan.
    1. Aizan Fahri says:
      Monday 16/01/2012 at 00:09

      aku bukan lagi student dan aku jeles gile…. budak2 yg masih bersekolah dapat rm100, student universiti dapat rm200 baucer… hurmm…. ==’

      Reply
      • Omar says:
        Monday 16/01/2012 at 04:00

        Haha. Tapi budak sekolah dpt RM100 tunai, mana sama ngan 200 baucer. Hehehe..So macam diorang lebih untung wo.. :D

        Reply
    2. shaharil says:
      Monday 16/01/2012 at 02:30

      Buku yang best kat kedai koperasi kampus aku semua abis dibeli termasuk novel Ombak Rindu..

      Reply
      • Omar says:
        Monday 16/01/2012 at 03:59

        Haha. Dashyat, tempat aku dah tengah dan hujung2 sem ni, semua pergi beli dekat luar jer.

        Reply
    3. Juan says:
      Monday 16/01/2012 at 05:00

      aku pon bukan lagi student

      Reply
      • Omar says:
        Monday 16/01/2012 at 17:06

        hoho. tak dapek den nak nolongnya. Haha. Tapi even bukan student pun, ada opsyen lain. BR1M contohnya. Huhu~

        Reply
    4. Denaihati says:
      Monday 16/01/2012 at 15:49

      mesti ada kes yg x jujur, tukarkan tunai. maklumat bro bagus, lengkap.

      Reply
      • Omar says:
        Monday 16/01/2012 at 17:05

        Haha. Biasa lah, macam-macam kerenah sekarang. Tambah pulak ada kedai yang buat camtu, bagi baucar RM200 dapat cash RM150.

        Thanks for the compliment, dekat blog DH pun ada gak entri ni. Haha :D

        Reply
    5. titan says:
      Monday 16/01/2012 at 21:51

      hoho..lantak la. bukannya aku belajar lagi dahh..rezeki korang la..

      Reply
    6. kimmie says:
      Tuesday 17/01/2012 at 08:30

      dah ambil baucar ni, tp belum digunakan lagi. Ingat nak gunaka utk beli buku sem depan.

      Reply
      • Omar says:
        Tuesday 17/01/2012 at 16:16

        Betul2. Ada terfikir jugak nak buat macam tu, tapi takut tak sempat pulak :D

        Reply
    7. ohcikgu says:
      Wednesday 18/01/2012 at 00:24

      boleh tukar ke duit ke baucer nih??

      Reply
      • Omar says:
        Wednesday 18/01/2012 at 15:57

        Tak boleh. Tapi ada student yang buat.
        Ntah camana diorang jumpa kedai buku yang buat camtu, Bagi RM 200, dpt cash RM 150..kira burn RM 50.

        Reply
    8. diela says:
      Saturday 21/01/2012 at 15:41

      kalo tersalah tulis,tertulis no ic dan tertulis no kad pelajar sekali lh lg x gne baucer tu??then lau ic hilang ada inersetif lain untk membeli bku mengunakan baucer??contoh nye blh x gne report polis tau ic photostat?

      Reply
      • Omar says:
        Saturday 21/01/2012 at 23:43

        Jika tersalah tulis maklumat pada ruangan baucar, ianya mungkin mengakibat sedikit kesulitan. Apapun, bergantung kepada kedai buku tersebut. Ada sesetengah kedai buku yang reject terus baucar tu. Cuba tanya dulu sebelum melakukan transaksi pembelian.

        Sekiranya IC hilang, boleh gunakan dokumen rasmi lain seperti Report Polis atau mungkin juga sijil kelahiran (sebab ada kedai buku yang nak dokumen sah). Jika duduk di sekitar Lembah Klang, sempat jer nak buat IC baru. Lagipun baucar tu expired penghujung Mac.

        Reply
    9. Jebeng Otai says:
      Tuesday 24/01/2012 at 22:44

      tp ade jugak yg jual kat mudah..mmg menggelikan hati.. :)

      Reply
      • Omar says:
        Wednesday 25/01/2012 at 13:13

        Haha. Tu lah, dari diorang jual kat Mudah tu, better lagi diorang gi shopping kat popular tu kot, macam2 barang leh beli.. tak semestinya buku jer.

        Reply
    10. Ranu says:
      Tuesday 31/01/2012 at 15:40

      klau buat beli manga kat kinokuniya boleh x?

      Reply
      • Omar says:
        Tuesday 31/01/2012 at 15:47

        Tak pasti. Sebab tak pernah tanya pun. :P
        Tapi rasanya cam tak boleh la.

        Reply
    11. nizamghazi says:
      Tuesday 07/02/2012 at 00:06

      Salam Omar.
      Wuaa tak acik, dulu tak dapat pun baucar buku macam ni.
      Psst mentang2 nak ada pilihan raya ..fuuuu
      Dulu kalau tak mampu nak beli buku, terpaksalah potostat.
      tak pun cari je notes dekat scribd.
      Mintak kat senior ada yang kedet. huhuhu

      Apa2 kepada student semua, gunakanlah untuk beli buku dan study. Janganlah tukar cash.
      Melayang RM50 tu.

      Thanks bagi link kedaibuku online tu. Baru tahu hari ni domain tu :)

      Reply
      • Omar says:
        Thursday 09/02/2012 at 20:42

        Sama-sama. Try la beli (ni bukan affliate). Just nak tahu camana rasa beli buku online guna baucar tu. Hehe.

        Reply
    12. muhammad fakhruddin says:
      Monday 13/02/2012 at 16:02

      Ada yang dapat nikmat tapi disalah gunakan.

      Cara bisnes orang kita.

      Reply

    Hantarkan maklumbalas anda...

    Click here to cancel reply.

    Nota: Komen anda mungkin mengambil masa sehingga 24 jam sebelum dibalas atau dipaparkan di laman blog ini.

    UiTM Melaka ICE 2012

    Mencari Sesuatu?

    Senarai Entri Arkib

    • February 2012
    • January 2012
    • December 2011
    • November 2011
    • October 2011
    • September 2011
    • August 2011
    • July 2011
    • June 2011
    • May 2011
    • April 2011
    • March 2011
    • February 2011
    • January 2011
    • December 2010
    • November 2010
    • October 2010
    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010

    Komen Terkini

    • sally on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Hafiz on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Panduan Pendaftaran Pelajar ke UiTM 2011
    • Omar on IPT, Pra-Universiti atau Tingkatan 6?
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan IPTA dan Politeknik 2012
    • Omar on Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2

    Kategori Entri


    Blog dikuasakan oleh Wordpress, tema Jide Freshy 2, jalur lebar TM Unifi, P1 4G, serta sirap limau dan nasi kandar Line Clear | Paparan Mudah-Alih