Muat Turun Microsoft Windows 8 Beta
Artikel ini ditulis pada Thursday 01/03/2012 (04:00) dan telah dibaca sebanyak 717 kali.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan teknologi hari ini semakin bergerak maju, hari ini, Microsoft telah pun melepaskan akses untuk muat turun Microsoft Windows 8 Beta kepada semua pengguna yang berminat. Edisi yang dimuat turun ini juga dikenali sebagai Microsoft Windows 8 Consumer Preview yang mana bukan sahaja menjanjikan anaramuka Metro yang baharu malah perubahan seperti ikon logo, kawalan kekunci, dan aplikasi tambahan seperti pusat niaga, menu reben, dan perubahan kemaskini perkakasan.
Menurut sumber pihak ketiga seperti TechCrunch, terdapat beberapa perubahan lain yang boleh dikatakan agak ketara untuk Microsoft Windows 8 ini, yang mana menunjukkan tetingkap tanpa-tepian dan skrin menaip yang lebih kemas. Bahkan, selain Windows 95, ini adalah kali kedua Microsoft membawakan perubahan besar dalam sistem operasi Windows sejak Developer Preview tahun lepas.
Selain itu, dalam masa yang sama, ikon untuk Windows Live juga telah digantikan dengan Microsoft Account dan aplikasi storan awan dari Microsoft – dikenali sebagai SkyDrive yang lebih interaktif supaya para pengguna lebih interaktif dan mesra pengguna.

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang berminat, Microsoft juga turut telah melepas set pembangun aplikasi (SDK) untuk pembangunan aplikais Windows 8. Menariknya, SDK ini dikatakan dilepaskan dalam bentuk pengaturcaraan terbuka yang mana pengaturcara yang berminat boleh menggunakan sebarang bahasa pengaturcaraan untuk membangunkan aplikasi Windows 8 tersebut.
Untuk mula memuat turun Windows 8 Beta atau Windows 8 Consumer Preview ini, anda boleh mendapatkan melalui pautan dibawah mengikut edisi 32 bit atau 64 bit. Saiz fail melebihi 2GB jadi saya sarankan anda memuat turun fail ISO ini menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi seperti TM Unifi atau Maxis Home.
Versi 32-Bit (English) – http://iso.esd.microsoft.com/WCPDL/BD1B8A49393E30CC9C4E5C88457D73E964F1F3B18/Windows8-ConsumerPreview-32bit-English.iso
Versi 64-Bit (English) – http://iso.esd.microsoft.com/WCPDL/BD1B8A49393E30CC9C4E5C88457D73E964F1F3B18/Windows8-ConsumerPreview-64bit-English.iso
Untuk bahasa lain, boleh klik disini untuk rujuk laman web Microsoft.
ape min hardware requirement die ?
Lebih kurang sama dengan Windows 7, (etc: RAM 1GB, dan sebagainya).
Kalau PC tu touch screen lagi best.. baru fully utilised Metro UI tu..
fuhh..x perlu upgrade hardware..skng ni pon dh cukup..hehe
Tapi kalau nak lebih stable, update la (itu kalau RAM setakat 2GB) jer..
cara nih. boleh try nanti hehe
aik bang tak mau buat review lagi ka? haha
:Project banyak nak kena settlekan ni. Tak terupdate sangat blog :|